Remaja lelaki panjang umur apabila lehernya tertusuk ikan todak di Sulawesi, Indonesia pada Sabtu lalu. Memetik The Sun, Muhammad Idul, 16, sedang memancing di atas bot bersama ibu bapanya apabila ikan itu tiba-tiba terbang dan menusuk lehernya.
Idul yang mengalami kecederaan agak parah itu dikejarkan ke hospital untuk menerima rawatan dan doktor terpaksa melakukan pembedahan bagi mengeluarkan muncung ikan berkenaan dari lehernya. Lapor media tempatan, Idul terjatuh dari bot berkenaan selepas ditusuk salah satu todak yang terbang. Bagaimanapun, dia masih mampu berenang ke permukaan sebelum berjalan pulang ke rumah dalam keadaan muncung ikan itu tertancap di lehernya. Idul dibawa ke hospital berdekatan di bandar Baubau, tetapi staf di situ enggan mengeluarkan muncung berkenaan kerana kekurangan peralatan. Dia kemudian dipindahkan ke hospital di Makassar, di mana doktor mengambil masa sejam untuk mengeluarkan muncung ikan itu. Keadaan remaja itu dikatakan stabil dan dibenarkan keluar hospital selepas empat hari dalam pemantauan doktor. - CARI
|
Catpaw replied at 23-1-2020 12:42 PM
Baca je dah agak indon.
Memang betullah ye todak ni boleh cucuk kita sampai tembus
ADVERTISEMENT