Setelah empat hari bergelar isteri, Elly Mazlein terasa sangat berat hati untuk melepaskan suami barunya pergi kerja. Elly kelihatan sangat ceria serta bahagia di samping suaminya, Mohamad Azlan.
Pernikahan dan persandingan mereka yang disambut tempoh hari cukup gilang-gemilang, Azlan sudah pun memulai tugasan semula sebagai seorang guru Geografi di sekolah. Untuk pengetahuan anda semua, malam semalam pasangan suami isteri ini hadir ke rancangan MeleTOP. Studio dipenuhi dengan gelak tawa dengan jenaka-jenaka spontan Elly yang mesra disapa Kak Lina. Apa yang lebih manis apabila Kak Lina memuat naik video dirinya menghantar suami tercinta di muka pintu untuk bergegas ke tempat kerja. Kemas memakai kemeja serta tanda nama, Cikgu Azlan juga sempat bersalaman dan mencium isteri tersayang.
|
ADVERTISEMENT