Di Jepun, upacara "Dondoyaki" adalah acara di mana orang tempatan akan melonggokan shimenawa (tali yang digunakan dalam upacara dan kuil Shinto) dan daruma (boneka bulat yang digunakan untuk membuat hajat), menyalakan timbunan tersebut, sebelum wakil-wakil dari Pertubuhan Belia Godo mula menghumban lelaki muda ke dalam unggun api tersebut. Menurut soranews24, acara ini diadakan di Godo iaitu di sebuah kejiranan Isehara (Wilayah Kanagawa) di selatan Tokyo. Upacara ini dilakukan bagi golongan lelaki muda supaya mereka mempunyai kehidupan yang bertuah sepanjang tahun seperti berkahwin atau dikurniakan zuriat. Ianya juga bertujuan untuk membuang semangat jahat dan tenaga negatif pada lelaki tersebut. Semua yang terlibat termasuk mereka yang dihumban ke dalam unggun api dan wakil-wakil dari Pertubuhan Belia Godo dikehendaki memakai pakaian tebal serta menutupi bahagian muka dengan tuala. Bagaimanapun, kehadiran bomba diperlukan semasa upacara ini dilakukan sekiranya berlaku sesuatu di luar jangkaan. Upacara Dondoyaki ini sebenarnya bukanlah dilakukan di wilayah Kanagawa sahaja. Cuma, apa yang berbeza, komuniti lain lebih kepada acara memasak mochi. Sanggup mereka 'dibakar' hidup-hidup semata-mata untuk mendapatkan tuah dan buang nasib buruk. - CARI
|
puteribaya replied at 31-1-2020 11:38 AM
kan bagus kalau lelaki x guna dihumban dalam tu
husna_amal replied at 31-1-2020 11:52 AM
nasib lah tak kena campak bakar sampai rentung pun.
lurve82 replied at 31-1-2020 12:14 PM
baik buat acara memasak mochi2 tu...sedapnye mochi2...
fliphair8 replied at 31-1-2020 12:23 PM
kalau nama jepun ni...pelik2 acara ritual kebudayaan dia...
Cassieopeia replied at 31-1-2020 01:48 PM
oh ingat bakar rentung fuhh..tp sanggupla pun diorg ni
Archaiv replied at 31-1-2020 02:31 PM
Uishh, hehehe... terima kasih sebab sudi baca.
puteribaya replied at 31-1-2020 02:39 PM
hai friend..lama x nampak
Archaiv replied at 31-1-2020 03:06 PM
setahun lalu berhenti menulis artikel. Tapi untuk yang 3 hari lepas, unifi broke down. Dorang bar ...
puteribaya replied at 31-1-2020 03:11 PM
more artikel plse
Archaiv replied at 31-1-2020 02:36 PM
Tak pernah lagi makan mochi2 tu. Terima kasih sebab sudi baca.
Catpaw replied at 31-1-2020 10:13 PM
Dondoyaki, baca dah macam dorayaki doraemon dah
ADVERTISEMENT