"Proud To Be Malaysian" Itulah ucapan bangga daripada rakyat Malaysia di akaun Instagram milik syarikat Apple. Siapa sangka, gambar pokok kelapa yang diambil oleh jurugambar Azmeer di Terengganu telah berjaya menarik perhatian Apple untuk disiarkan di media sosial untuk tatapan seluruh dunia.
Gambar yang dimuat naik oleh Apple pada 16 Januari yang lepas telah berjaya mendapat hampir setengah juta likes dan ribuan komen yang memuji keindahan pemandangan di negeri Terengganu. Malah, gambar itu mendapat pujian daripada serata dunia dan berjaya menunjukkan keindahan alam semula jadi di Terengganu. "Sudah semestinya rasa terharu dan gembira. Rasa bertuah pun ada sebab gambar saya terpilih untuk disiarkan di Instagram Apple", ujar Aazmeer (Sumber: mstar) Tambah Azmeer lagi, gambar pokok kelapa tersebut sebenarnya diambil pada bulan Ogos tahun lalu di Kampung Rusila, Marang, Terengganu. Menurut Azmeer, dia menjadikan 'mobile photography' sebagai hobinya di mana semua gambar akan diambil melalui kamera telefon bimbit sahaja. Jika anda mahu lihat gambar lain yang diambil oleh Azmeer, boleh singgah di laman Instagram miliknya. |
11
Bagus |
10
Marah |
7
Terkejut |
7
Sedih |
8
Lawak |
5
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
sarah82: Bukan dah ada thread dah ka? Kena tukar iPhone la kalau nak glamer mcm ni
Kurex replied at 19-1-2020 11:35 AM
aku pakai oppo sajorhhhh
kawan aku pujuk aku beli iphone. hati memang teringin, tapi apakan daya ta ...
i_is_kennot replied at 19-1-2020 10:57 AM
Hari tu tak silap ada yg dari Perlis ke Kedah masuk Apple, gamba sawah padi, iphone 6 sajork kat ...
RatuDunia94: Pokok kelapa tu boleh jd tourist spot or selfie spot lps ni...
ADVERTISEMENT