PUTRAJAYA - Kadar baharu RM150 saman Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) yang diumumkan baru-baru ini boleh dibayar mulai hari ini. Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Datuk Ismail Ahmad berkata, kadar baharu itu hanya berkuat kuasa bagi saman dikeluarkan selepas 18 Sept lalu manakala saman sebelum tarikh itu masih menggunakan kadar lama iaitu RM300. Beliau berkata kadar baharu tersebut berasaskan 'Lagi Lewat Dibayar, Lagi Banyak Perlu Dibayar", sebagai contoh saman RM150 bagi kesalahan melebihi had laju dan tidak mematuhi lampu isyarat akan meningkat kepada RM200 jika tidak dibayar dalam tempoh 14 hari dan RM300 jika tidak dibayar dalam tempoh 60 hari. Tempoh 14 hari itu bermula hari ini, katanya dalam sidang akhbar di pejabatnya di sini hari ini. Ismail menegaskan jika saman itu tidak dibayar dalam tempoh yang ditetapkan iaitu sekurang-kurangnya tiga bulan, akan dihadapkan ke mahkamah. Selain itu, Ismail berkata, bermula Januari 2014, mereka yang dikenakan saman AES akan turut dikenakan mata demerit mengikut jenis kesalahan berdasarkan sistem Keselamatan Jalan Raya atau Kejara. Katanya bagi kesalahan tidak mematuhi lampu isyarat dan melebihi had laju akan dikenakan lapan mata demerit selain dikenakan saman. "Tetapi jika mereka membayar saman AES dalam tempoh tiga bulan, mata demerit itu tidak akan dikenakan," katanya dan menurutnya jika mendapat 15 mata demerit dalam masa satu tahun, lesen memandu boleh digantung. Beliau berkata penyelarasan hukuman itu dijangka dilakukan selepas proses pengambilalihan AES dan sistem Kejara oleh kerajaan selesai. Ismail juga menasihatkan pemilik kenderaan supaya mengambil tahu siapa yang menggunakan kenderaan mereka. "Ini bagi mengelakkan sekiranya dikenakan saman, mereka tahu siapa yang menggunakan kenderaan mereka sewaktu saman dikeluarkan dan harus bertanggungjawab," katanya. Dalam perkembangan lain, beliau berkata, JPJ akan melaksanakan 85 peratus urusniaga mereka secara dalam talian atau online dengan Perlis dan Melaka akan menjadi perintis projek itu bermula 20 Oktober ini sebelum diperluaskan ke negeri-negeri lain 29 Oktober ini. - Bernama
|
tebuanharimau posted on 11-10-2013 09:42 AM
kat mana nak semak ada saman AES ni ke tak? check kat JPJ & PDRM clear...
surat x sampai kat umah ...
tapibukanaku posted on 11-10-2013 12:04 PM
hari tu kena flash gak, tapi takde pulak surat saman sampai setakat ni
NIXAR posted on 11-10-2013 12:06 PM
kalo sy bg alasan bodoh x tau undang2 boleh lepas tak? x payah byr gitu
akies posted on 11-10-2013 04:08 PM
kalau masuk area putrajaya..gigih aku bawak kete 70km/j
kamera aes tktau kat mane..
bior ler slow. ...
akies posted on 11-10-2013 04:33 PM
ada..tapi taktau kat mane..
staf gomen tau ler kut
datang sane sesekali je..visit customer ...
dragger posted on 11-10-2013 05:40 PM
area Putrajaya ada seketul... tapi aku lupa area mne.. pasal aku bawak moto time tu... tgk kereta ...
akies posted on 11-10-2013 05:44 PM
kui3x..bukanler..ku keje swasta..IT support..
customer majoriti gomen..opis sume kat putrajaya..: ...
ADVERTISEMENT