CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Ditegur Wanita Cantik Minta 'Selfie' Bersama Dan Bayar RM10 - Pelancong Mengemis Di Malaysia

8-1-2020 11:36 AM| Diterbitkan: green_lantern| Dilihat: 6068| Komen: 22|Original author: Green Lantern



Cerita pelancong mengemis di negara-negara Asia bukanlah satu perkara baru. Malahan pernah berlaku insiden golongan ini membuat persembahan membabitkan bayi mereka di Bukit Bintang dan berakhir dengan ditangkap polis. Namun mereka seakan tidak pernah serik.

Terbaharu, membuka tirai 2020 ada yang ternampak puak-puak sebegini mengemis di TBS, Kuala Lumpur semata-mata untuk mendapatkan wang bagi meneruskan perjalanan mereka.

Kredit foto: Twitter


Kelihatan dua lelaki 'backpackers' menulis di dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu menyatakan masalah mereka yang kehilangan beg, jadi memerlukan makanan serta penginapan bagi meneruskan perjalanan. Lelaki tersebut nampak sihat dan tiada cacat celanya berada di tepi jalan tanpa segan silu sambil meletakkan uncang untuk sesiapa yang melalui tempat itu bagi 'bersedekah'.

Menurut portal Travel Jimat, perbuatan sebegini masih dipandang ringan oleh segelintir pihak manakala orang tempatan pula tidak kisah untuk memberi sedikit duit mereka bagi menolong 'backpackers' ini. Bagaimanapun, hal ini akan membuatkan lebih ramai golongan ini memandang mudah serta akan terus melakukannya kerana tahu tiada tindakan tegas seperti yang dilakukan oleh negara Asia lain.

"Indonesia, Thailand dah Hong Kong sudah menguatkuasa undang-undang utk tahan BEGpacker ni, cuma di Malaysia belum nampak mana-mana pihak berkuasa untuk mengambil tindakan yang agresif, walaupun kadang2 BEGpacker ni hanya di hadapan anggota polis, apatah lagi imigresen yang sendu."

Aksi pasangan Rusia yang melambung bayi semata-mata untuk mendapatkan duit - Google

Warganet turut berkongsi pengalaman mereka berhadapan dengan pelancong asing yang mempunyai mentaliti sebegini. Rata-rata mereka tidak berpuas hati dengan pelancong asing sesuka hati mengemis tetapi apabila warga Malaysia yang ingin keluar negara pula seperti Australia, disiasat rapi sama ada mempunyai wang atau tidak sebelum dilepaskan pergi.

Malahan, ada juga insiden pelancong itu sendiri meminta orang tempatan bergambar dengannya beserta syarat perlu membayar RM10.


Google


Amboi, senangnya hidup mereka. Nak melancong dan melihat negara orang tetapi mengemis pula di negara tersebut. Sesuatu perlu dilakukan supaya mereka sedar bahawa ianya adalah kesalahan di bawah undang-undang Malaysia. "Banyak cantik, kau yang berjalan, kami yang tanggung?" - CARI
1

Bagus
1

Marah
6

Terkejut
2

Sedih
2

Lawak
5

Bosan

Friends Rank (17 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Knowlee 8-1-2020 12:00 PM
Dah tau tak mampu buat apa travel. Cet.
Quote sarah82 8-1-2020 12:00 PM
Yg aku tau.. Dah nama melancong maka kena la guna duit sendiri.. Kejadahnya nak minta sedekah
Quote NekNgah 8-1-2020 12:16 PM
Diaorang ni busuk.
Quote Artemesiaa 8-1-2020 12:29 PM
Kalau tak ada yang bagi tak adalah mereka nak cuba buat,  jadi kita yang kena berhentikan layan perilaku mereka yang macam tu
Quote epal21 8-1-2020 12:37 PM
Dulu kat melaka,bersepah backpackers sengkek ni. Depan hrc. Macam takde penguatkuasaan aje drp pbt. Please lah jangan menderma kepada cheapskates macam ni. Senangnya hidup, nak travel ke Asia bayar duit tambang one way aje. Selebihnya mengemis.
Quote Melur1 8-1-2020 01:02 PM
kalau dah tau diri tu papa kedana pi melancong watpe. baik hang pi koja dpt gaji pastu lantak la kalau melancong sampai bang jamil mampos. aku paling tak suka kalau org jelmaan biawak ni. yg pompuan rusia tu celebrity ka nak kenakan bayaran untuk selfie. lainla kalau hang kaka oks nak bagi org selpie ngan anak hang
Quote Acikgomen 8-1-2020 01:15 PM
NekNgah replied at 8-1-2020 12:16 PM
Diaorang ni busuk.

Khennnnz busuk bukan setakat kita tgk mcm busuk je, ini mmg busuk betul
Hapak tengit semua cukup
Tapi kalo kat spore, pompuan local tohhhhhhtaaaaap la berair cikpek nengok angmo neh
Quote RatuDunia94 8-1-2020 01:27 PM
Jual je lah sperma.. yg helok2 tu ramai je nk membeli..
Quote MsKoreanfanatic 8-1-2020 02:07 PM
iols selalu nmpk kat LRT Ampang Park.. mmg  idok la nak derma
Quote JohnnySins 8-1-2020 03:28 PM
depa ni penduboq etis ka? wakakakakakakaka
Quote crazybeach 9-1-2020 08:47 AM
hauk nya susunan ayat semua. saya melakukan perjalanan ke dunia saya? terasa meremang lak baca ayat ko gituh. dunia mana ko gi berjalan dekk. dunia ghaib? dunia gelap? misteri nusantara sangat bunyi dunia kau tuh
Quote cikatilia 9-1-2020 10:35 AM
malas kerja tapi nak travel pastu lepak2 rehat2 gah gah mcm kaya raya
eh bukan melayu eh? mat saleh also malas
kih kih kih
Quote delsmomm 9-1-2020 01:54 PM
klakar komen netizen suh htr santau tu..

tergelak aku dpn pc..

#hakakmudahterhiburdekk
Quote Boomibulat 9-1-2020 04:47 PM
Kalau pompuan cantik Russia tu tpaksa la tolong..dh la pnh dikecewakan org Malaysia..jgn2 dia janda..besar pahala tolong janda..nak2 lg ibu tinggal.
Klu jumpa dia nti nk selfi 5 kali cukup la
Quote gekkou 9-1-2020 07:24 PM
selagi pihak berkuasa dekat malaysia ni tutup mata
selagi itu lah mereka ni ada
pbt kata polis punya keje
polis kata imigresen punya bidang kuasa
sampai mamposs
Quote any42 9-1-2020 11:59 PM
amboi byk cantik. sndri nk travel tgk tmpt2 best tp org plak kna mnderma utk klnsungan hdup ko.
Quote mamapea 10-1-2020 11:10 AM
MsKoreanfanatic replied at 8-1-2020 02:07 PM
iols selalu nmpk kat LRT Ampang Park.. mmg  idok la nak derma

ada sorang minah dr russia kt lrt ampang park...dia ckp beg kena curi...passport semua hilang...dia mintak derma...aku ajak dia pegi balai polis buat report dia xnak...padahal balai polis dpn tu jer...
Quote tintin22 10-1-2020 11:49 AM
choi,banyak lawa
Quote MsKoreanfanatic 10-1-2020 04:09 PM
mamapea replied at 10-1-2020 11:10 AM
ada sorang minah dr russia kt lrt ampang park...dia ckp beg kena curi...passport semua hilang...di ...

haha kannn... balai pun seberang jln je.. dasar penipoooo

Lihat semua komen(22)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 08:12 AM GMT+8 , Processed in 0.043657 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top