Kanak-kanak era 90-an pasti 'layan' kenakalan Usop Sontorian dan kawan-kawannya. Malah, sikap gila-gila adiwira Keluang Man yang cemerkap juga membuat ramai tertunggu-tunggu di hadapan kaca televisyen sewaktu itu.
Namun, kini semuanya tinggal kenangan. 'Bapa' kepada Usop dan Keluang Man kini tidak lagi bersama kita di dunia yang fana ini. Laman Facebook Persatuan Animasi Malaysia (Animas) pada Ahad memaklumkan, pengasas animasi digital dan tokoh penglipur lara animasi Malaysia, Kamn Ismail atau nama sebenarnya Kamaruddin Ismail, 63, meninggal dunia sekitar 4.15 petang, semalam akibat serangan jantung. "ANIMAS berdukacita dan merakamkan takziah kepada seluruh ahli keluarga dan handai taulan Allahyarham," tulisnya.
Loading FB Post... Untuk makluman, Allahyarham pernah dinobatkan sebagai Tokoh Penglipurlara Animasi Malaysia pada malam anugerah kartunis dan Hari Kartunis 2018 di Muzium Negara oleh Rumah Kartun dan Komik Malaysia bersama ANIMAS. Takziah kepada keluarga Allahyarham. Usop Sontorian dan Keluang Man takkan pudar dari ingatan kami. - CARI |
ADVERTISEMENT