CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Demi Ibu Bapa, Lelaki Menyamar Wanita Untuk Dapatkan Pekerjaan

9-12-2019 02:55 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 4495| Komen: 13

Description: Seorang lelaki nekad berpakaian seperti wanita untuk bekerja sebagai tukang cuci bagi menyara ibu bapanya yang sudah uzur.
Seorang lelaki nekad berpakaian seperti wanita untuk bekerja sebagai tukang cuci bagi menyara ibu bapanya yang sudah uzur.

Menurut The Star yang memetik laporan Malaysia Nanban, lelaki dikenali sebagai Raj itu dilaporkan kantoi sedang menukar pakaian wanita oleh beberapa individu yang menyangka dia berniat buruk.



Gambar hiasan

Dalam kejadian berlaku di Tamil Nadu, India itu, Raj, 40, menjelaskan dia berhijrah dari bandar Sivaganga kerana susah mendapatkan pekerjaan di sana.

Katanya, tidak ada yang mahu menerimanya bekerja sebagai tukang cuci rumah kerana dia seorang lelaki.

Disebabkan itu, dia nekad berhijrah ke Madurai, di mana tiada siapa mengenalinya.

Raj berkata, dia berpakaian seperti wanita dan bekerja sebagai tukang cuci di tiga buah rumah, di mana dia dikenali sebagai Rajathi. - CARI

Bagus

Marah

Terkejut
3

Sedih
2

Lawak

Bosan

Friends Rank (5 people)


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Catpaw 9-12-2019 03:10 PM
Sedih baca...
Quote Kurex 9-12-2019 03:11 PM
seriouslah umur 4 tahun... copy paste sampai tak perasan nombor kan.  
Quote hasniey 9-12-2019 03:12 PM
4 tu apa?umur ke
Quote LuvAurora 9-12-2019 04:18 PM
kesiannya weyhh..klo muka jambus boleh lah org xperasan
Quote shark_eow7 9-12-2019 04:32 PM
itu hari dekat mesir ke mana ntah perempuan menyamar jadi lelaki utk dapatkan kerja. kat sini jadi pondan pon duit berkepuk kepuk.
Quote Atata 9-12-2019 04:35 PM
Euwh skeri. Entah2 alasan dia jak. Imejin ko upah org kemas rumah pastu rumah kau ada anak ppuan. Tetiba org ko upah tu rupanya lelaki. Aiyooyo amma appaa
Quote sekngucing 9-12-2019 04:37 PM
kah kah kah.. raj jd rajathi

kalau changa jd changthy? chazey? chazethi?

jony sins?
Quote kucingitam 9-12-2019 04:57 PM
teringat drama Zarul vs Zarina lakonan Arwah Faizal Yusof.
Jadi perempuan sebab tak dapat kerja.
Quote JohnnySins 9-12-2019 05:08 PM
sekngucing replied at 9-12-2019 04:37 PM
kah kah kah.. raj jd rajathi

kalau changa jd changthy? chazey? chazethi?

woi...wakakakakakakakaakakakkaka
Quote Boomibulat 9-12-2019 05:16 PM
sekngucing replied at 9-12-2019 04:37 PM
kah kah kah.. raj jd rajathi

kalau changa jd changthy? chazey? chazethi?

jadi capati..
Quote Carcosa 9-12-2019 11:03 PM
Atata: Euwh skeri. Entah2 alasan dia jak. Imejin ko upah org kemas rumah pastu rumah kau ada anak ppuan. Tetiba org ko upah tu rupanya lelaki. Aiyooyo amma a ...


Memula meols sedih dan kesian baca cerita ni.
Tp bila baca comment u'ols, terus bukak other perspective. Betul gak ckp u'ols tu.... Sbb meols ada anak girl, terus terasa keseraman itu
Quote i_is_kennot 12-12-2019 04:22 PM
Lelaki lembut jambu  ka?!  Lolos jah
Quote RumiMenari 19-2-2020 02:08 PM
Tapi kl tamil nadu ni, perempuan miskin2 punya raut pun tak la feminin sgt.. tak susah sgt nk menyamar..

Lihat semua komen(13)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 01:00 AM GMT+8 , Processed in 0.067908 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top