SUPERMODEL, Naomi Campbell dan pelatih peribadinya, David Kirsch sedang mencari lokasi yang sesuai di sekitar London untuk membuka sebuah pusat kecergasan. Bagaimanapun, Campbell yang memang obses dengan penjagaan kesihatan akan mengenakan syarat ketat pada ahli yang ingin menyertai pusat kecergasan itu. “Semua ahli yang memohon perlu menjalani ujian kesihatan dan kecergasan terlebih dahulu untuk memastikan mereka memenuhi syarat yang telah ditetapkan,” kata sumber kepada Daily Star. Kerjasama Campbell dan Kirsch telah terjalin sejak beberapa tahun dahulu dan lelaki itu banyak membantunya dalam mengurangkan berat badan selain kekal sihat. Selain itu, Campbell juga dilaporkan akan memilih sendiri peralatan yang sesuai untuk kegunaan ahli dan akan berkongsi tip kesihatan yang diamalkannya.
|
ADVERTISEMENT