Pengacara dan pelawak, Nabil Ahmad dijemput dalam majlis anjuran Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan yang melancarkan kempen Year End Zakat (YEZ) baru-baru ini. Dalam temu bual mStar bersama Nabil, dia tidak menafikan bahawa salah satu rahsia dia berjaya dalam bidang seni hari ini adalah disebabkan dirinya tidak pernah mengabaikan tanggungjawab membayar zakat.
Dia juga mengatakan, ramai rakan artis bertanya tentang kunci kejayaannya serta menjadikan dirinya sebagai contoh untuk mereka menunaikan tuntutan rukun islam tersebut. Menurutnya, bukan kerja yang bersungguh-sungguh sahaja menjadi titik tolak kejayaan seseorang, namun perlu dilihat dalam sudut kehidupan yang lain juga dan salah satunya adalah dengan membayar zakat.
|
Kurex replied at 2-12-2019 10:44 AM
selalu nampak dia dekat saf pertama masjid damansara utama ni.. dah la sedap, baik, pemurah pulak tu
ADVERTISEMENT