CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Makin Tua, Tak Laratlah Nak Gaduh" - Jangan Cuba 'Cucuk', Rita Dan Lisdawati Dah Berdamai

2-12-2019 04:14 PM| Diterbitkan: Lilrose| Dilihat: 11120| Komen: 52|Original author: Oleh: LilRose

Description: Mungkin ada yang lupa atau tidak tahu mengenai insiden Lisdawati Nazaruddin dan Rita Rudaini bergelut dalam kolam renang. Disebabkan kes lebih 13 tahun lalu itulah kedua-dua pelakon terbabit bermasam ...
Mungkin ada yang lupa atau tidak tahu mengenai insiden Lisdawati Nazaruddin dan Rita Rudaini bergelut dalam kolam renang. Disebabkan kes lebih 13 tahun lalu itulah kedua-dua pelakon terbabit bermasam muka.



Kredit foto: IG

Bagaimanapun, dalam temu bual bersama Berita Harian, Lisdawati sendiri akui dia sudah malas memanjangkan isu dan tidak lagi menyimpan dendam.

Malah, mereka berdua bersedia digandingkan dalam produksi drama atau filem.

"Saya hanya mahu memandang ke hadapan. Tiada orang yang tidak mahu berubah. Lagipun, bukan sahaja umur meningkat, anak pun sudah bertambah. Tidak elok sekiranya kami terus bermasam muka.

"Selepas insiden itu, saya mengaku beberapa kali bermimpi yang positif mengenai Rita. Saya anggap mungkin Allah hendak tunjukkan sesuatu kepada saya.

"Kami sudah semakin berusia, tak laratlah hendak bergaduh. Lagipun industri ini kecil, jika ada yang cuba 'mencucuk' itu terpulanglah kepada mereka," kata Lisdawati kepada BH Online.




Kalau nak tahu, sekitar 13 tahun lalu, Lisdawati dan Rita menimbulkan kekecohan ketika penggambaran drama arahan Rashid Sibir berjudul Kau Ku Sayang dipercayai ada kaitan dengan suami Lisdawati iaitu Fauzi Nawawi.

Kalau sebelum ini Rita nekad enggan digandingkan bersama Fauzi, namun pada majlis Melodi Salute sempena ulang tahun ke-30 penerbitan program hiburan sensasi TV3 semalam, masing-masing menyatakan kesediaan untuk berlakon bersama.

"Setakat ini, kami belum pernah mendapat tawaran berlakon bersama. Sekiranya ada tawaran, kami tiada masalah digandingkan bertiga dalam sebuah produksi.

"Kami sudah lama bertegur sapa, cuma tiada kesempatan untuk berbual panjang. Kiranya, pada hari ini, barulah kami berkesempatan bertanya khabar dan perkembangan diri masing-masing," kata Rita.


Kredit foto: IG

Betullah tu, dunia hiburan ni kecil saja. Pi mai pi mai tang tu jua. Sampai bila nak mengelak kan? - CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote najib888 2-12-2019 04:45 PM
3serangkai produksi
Quote sunnylicious 2-12-2019 05:01 PM
masih igt kehangatan scene kolam renang 13 tahun lepas
Quote ikanmasin 2-12-2019 05:53 PM
eloklah tu pusing2 tang tu jumpa jg..
Quote thetimes 2-12-2019 06:48 PM
Bagus la...sampai bila nak gaduh.P mai tang tu jugak.{:smile
Quote de_ikea 2-12-2019 06:54 PM
Alhamdulillah. Yg lain bila lg.
Rita dgn izreen mungkin nk tunggu 13 tahun aaron dah sekolah menengah
Quote munchkin 2-12-2019 06:57 PM
Alhamdulillah. Happy for them yeah
Quote Perawankota 2-12-2019 07:02 PM
Bagus lah tu
Quote nooriesz 2-12-2019 07:47 PM
rse mcm br jee diorg ni gado kt pool..
Quote Acikgomen 2-12-2019 08:31 PM
de_ikea replied at 2-12-2019 06:54 PM
Alhamdulillah. Yg lain bila lg.
Rita dgn izreen mungkin nk tunggu 13 tahun aaron dah sekolah menen ...

Pasah dgn nowa
Mekjura dgn jah ronsen
Quote de_ikea 3-12-2019 12:01 AM
Acikgomen replied at 2-12-2019 08:31 PM
Pasah dgn nowa
Mekjura dgn jah ronsen

Sis dgn acik nolia jgn dilupa
Quote ReginaGeorge 3-12-2019 12:22 AM
Adengan pool, akak team rr hehehe
Quote caramello 3-12-2019 12:23 AM
nooriesz replied at 2-12-2019 07:47 PM
rse mcm br jee diorg ni gado kt pool..

Kannn..kejapnya masa berlalu..ingat lg front page harian metro muka si lisda lebam biji mata dek keganasan rita haha
Quote caramello 3-12-2019 12:24 AM
Acikgomen replied at 2-12-2019 08:31 PM
Pasah dgn nowa
Mekjura dgn jah ronsen

Pasah dgn nowa dh penah berbaik dh sebelumni kan tp sekejap je..rasanya skg pun no point dorg nk gaduh lg sbb 2-2 dh xberebutkan si jejot tu lg dh
Quote nordin84 3-12-2019 12:49 AM
de_ikea replied at 3-12-2019 12:01 AM
Sis dgn acik nolia jgn dilupa

tambah cyst sheila dgn janna nick..lagi2 cyst nak bersara ni..xde ke headline kat melodi ekek
Quote inspektoremos21 3-12-2019 12:56 AM
13 tahun dah ya kes diorg tu. Lama dah rupanya
Quote Acikgomen 3-12-2019 01:33 AM
caramello replied at 3-12-2019 12:24 AM
Pasah dgn nowa dh penah berbaik dh sebelumni kan tp sekejap je..rasanya skg pun no point dorg nk g ...

Pasah tu la dok cari pasal sampai kene heret masuk court
Dah dpt pensel kekar si edel tu baru nak move on
Quote friedfishsoup 3-12-2019 01:44 AM
Acikgomen replied at 2-12-2019 08:31 PM
Pasah dgn nowa
Mekjura dgn jah ronsen

Aimy Saad - Mawi - Ina naim
Quote LembingDayanti 3-12-2019 02:06 AM
hahahah rita gangster. btw.. zaremazainal tetiba dah tak private IG dia. apasal eh? Adakah nak sakitkan hati Rita. Iya la Zarema sedang bermewah mewahan dgn aidil & anak-anak di Bali. WOwwww!!
Quote cikperiukkera 3-12-2019 07:48 AM
Acikgomen replied at 3-12-2019 01:33 AM
Pasah tu la dok cari pasal sampai kene heret masuk court
Dah dpt pensel kekar si edel tu baru nak ...

Hahahaaaa...pensil kekar gitewwww. Dorg dh okay dh... tambah lagi senarai retis gaduh ratu vs dukunnnnn.

Lihat semua komen(52)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 09:47 PM GMT+8 , Processed in 0.064088 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top