CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2569|Reply: 7

Nabil Ahmad Kongsi Rahsia Murah Rezeki, Rupanya Tak Pernah Abai Bayar Zakat

[Copy link]
Post time 2-12-2019 10:29 AM | Show all posts |Read mode
Pengacara dan pelawak, Nabil Ahmad dijemput dalam majlis anjuran Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan yang melancarkan kempen Year End Zakat (YEZ) baru-baru ini.


Dalam temu bual mStar bersama Nabil, dia tidak menafikan bahawa salah satu rahsia dia berjaya dalam bidang seni hari ini adalah disebabkan dirinya tidak pernah mengabaikan tanggungjawab membayar zakat.




Foto: Instagram Nabil Ahmad




Dia juga mengatakan, ramai rakan artis bertanya tentang kunci kejayaannya serta menjadikan dirinya sebagai contoh untuk mereka menunaikan tuntutan rukun islam tersebut.


Menurutnya, bukan kerja yang bersungguh-sungguh sahaja menjadi titik tolak kejayaan seseorang, namun perlu dilihat dalam sudut kehidupan yang lain juga dan salah satunya adalah dengan membayar zakat.




  



Nabil juga berasa tenang dengan hidupnya dan mahu merasa ganjaran pada hari akhirat nanti.


Dia juga menyeru agar masyarakat Islam mendapat kesedaran tentang faedah membayar zakat bukan sahaja di dunia, malah di akhirat kelak. Menunaikan zakat tidak akan mengurangkan sedikitpun harta seseorang.




  



Walaupun Nabil sering dikecam netizen disebabkan keterlanjuran berkata, namun perkara yang baik patut dijadikan teladan.


Semoga hidup Nabil sentiasa diberkati dan dilindungi Allah. Semoga rakan artis lain juga dapat mencontohi Nabil. - CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-12-2019 10:44 AM From the mobile phone | Show all posts
selalu nampak dia dekat saf pertama masjid damansara utama ni.. dah la sedap, baik, pemurah pulak tu
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2019 11:50 AM | Show all posts
bagus ler tu nabil..smoga chuollss xpyah la nak mendongak langit pasni ye haji..
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2019 11:59 AM | Show all posts
baguslah kalau berzakat..tp mulut tu jgn nk me ramli setankan org ok..
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2019 12:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Kurex replied at 2-12-2019 10:44 AM
selalu nampak dia dekat saf pertama masjid damansara utama ni.. dah la sedap, baik, pemurah pulak tu

Sabo je la kurex . Sedap ek . Hahhahahha
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2019 02:42 PM | Show all posts
aku suke la tgk nabil ni jd pengacara
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 2-12-2019 08:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Kita asik nmpk buruk dia.. Baik dia jarang sekali org nk cerita
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2019 10:30 PM | Show all posts
zakat tu wajib sis, salah satu rukun islam.. kalau dah berkemampuan tapi tak bayar, dosa.. bukan suka2 nak bayar ke tidak atau sebab nak dapat ganjaran duniawi semata2
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-5-2024 01:24 PM GMT+8 , Processed in 0.248507 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list