KUALA LUMPUR, 8 OKT 2013: Selepas mendirikan rumahtangga, pengarah dan pelakon, Yusry Abdul Halim bertegas dia akan mengelak jika ada produksi yang meminta dia dan isterinya, Lisa Surihani berlakon sebagai suami isteri, mahu pun pasangan kekasih Yusry berkata bukan tidak selesa bergandingan dengan isterinya, cuma dia tidak suka kisah cinta mereka suami isteri seolah-olah dijaja kepada umum. "Saya rasa lebih baik kami tidak digandingkan sebagai pasangan kekasih atau berkahwin dalam drama atau filem. Saya takut orang keliru pula kisah kehidupan suami isteri kami sebenar dengan di dalam filem atau drama. "Lagipun, saya tak mahu penonton atau peminat terlalu disogok dengan cerita kami berdua di dalam sebuah lakonan. "Namun, saya tidak kisah jika hendak digandingkan dalam satu lakonan atau babak asalkan wataknya tidak melibatkan hubungan istimewa," katanya kepada murai.com.my ketika sesi fotografi dan temuramah Filem Ular di Hotel Everly Putrajaya, semalam. Yusry dan Lisa Surihani pertama kali digandingkan bersama dalam filem Ular terbitan Show Biz yang akan mula ditayangkan pada Disember ini. Ular merupakan filem yang menjalani penggambaran beberapa minggu sebelum mereka sah menjadi pasangan suami isteri iaitu pada Januari lalu. Berkongsi pengalaman pertama kali berlakon dengan Yusry yang ketika itu belum lagi menjadi suaminya, Lisa memberitahu dia sangat gementar ketika babak bersama kerana perlu berlakon bersama jejaka yang dia sedang dilamun cinta. "Pertama kali kami digandingkan saya punya perasaan malu terhadap Yusry yang sukar dibendung. Padahal selama ini saya berlakon dengan lelaki lain saya tidak merasakan perasan sebegitu. "Terus- terang, saya hingga mengigil apabila dalam satu babak itu memerlukan saya untuk memandang wajah dan mata Yusry. "Tapi nasib baik ianya berlaku pada awal-awal sahaja dan selepas kami berbincang bersama tentang watak dan sebagainya, baru saya boleh biasakan diri," luahnya. Selain Yusry dan Lisa Surihani, Ular turut dibintangi oleh pelakon lain seperti Namron, Zarina Zainudin, Izzue Islam, Sharifah Sakinah, Zarina Anjolie, Mamat Sepah dan ramai lagi.
|
cuma dia tidak suka kisah cinta mereka suami isteri seolah-olah dijaja kepada umum.
"Terus- terang, saya hingga mengigil apabila dalam satu babak itu memerlukan saya untuk memandang wajah dan mata Yusry.
prettymanja posted on 9-10-2013 11:47 AM
khen..mcm Dia sowang ade Laki Kayo yg encem.. huhu
Nyampahhhh !!! Larikkkkk
September14 posted on 9-10-2013 12:47 PM
nyampah aku diorg nih.. apapun tgk hrtu lisa blakon dlm istanbul aku dtg, not bad lah.
dayana88 posted on 9-10-2013 12:50 PM
itu je cerita die ok, (even x suke part bila die blogging nak goyang2 kepala lah apelah).
ADVERTISEMENT