CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Gosip Lihat artikel

Faizal Hussein Mahu Watak Perempuan

9-10-2013 12:09 PM| Diterbitkan: admin6| Dilihat: 13210| Komen: 54



Walaupun sudah berusia 46 tahun, namun Faizal Hussein masih relevan untuk menggalas watak utama dalam filem dan drama. Jelas Faizal, perjuangannya dalam bidang seni ini adalah untuk menyakinkan penonton bahawa pelakon senior masih mampu menjadi ‘hero’.

“Perjuangan saya sebenarnya nak buat penonton percaya pada ‘hero’ senior. Cara persembahan kita yang kena berbeza. Karyawan kena bijak menggunakan ‘camera trick’ dan sebagainya. Jika karyawan bijak, seorang pelakon veteran pun boleh nampak hebat dalam panggung,” ujar Faizal ketika ditemui di majlis pra tonton filem Longkai pada Isnin.

Tiada perancangan untuk beralih ke bidang lain seperti penerbitan, Faizal menjelaskan dia mahu terus menjadi seorang pelakon kerana dia percaya pelakon yang berjaya adalah pelakon yang hanya berlakon.

“Saya elakkan utk tambah cabang bidang. Bagi saya, artis yang mula menerbit itu sebenarnya bimbang dia tak akan bertahan lama. Saya tak mahu jadi ‘master of none’. Apa guna terbit filem kalau kita sendiri berlakon jadi hero. Lebih baik tak pernah ‘produce’ tapi umur 46 tahun orang masih percaya untuk ambil jadi hero,” jelas Faizal yang memegang watak utama untuk filem terbaru terbitan MIG itu.

Sejak memenangi anugerah Pelakon Lelaki Terbaik FFM25, Faizal Hussein akui rezekinya semakin murah dan dia semakin banyak mendapat tawaran berlakon terutama bagi watak-watak yang diidamkannya.

Tambah Faizal lagi, selepas memegang watak Ilham dalam Bunohan, dia lebih memilih untuk membawa watak yang sukar. Kongsinya, dia teringin melakonkan watak seorang perempuan.

“Saya mahu membawa watak perempuan sebab saya rasa saya kurus. Kalau disolek jadi perempuan, mesti lawa. Teringin nak tengok bagaimana rupa saya jika saya seorang perempuan. Hanya dalam lakonan saja kita dapat lihat,” katanya sambil berseloroh.

Walaupun sebelum ini dia pernah ditawarkan membawa watak seorang wanita sebagai pelakon pembantu, namun Faizal mahu menyimpan watak tersebut untuk dijadikan watak utama.

“Saya sudah mendapat tawaran daripada Astro. Mereka sendiri yang meminta saya untuk melakonkan watak wanita tersebut. Ia berkisar tentang seorang penari Hadrah di mana siang dia merupakan seorang lelaki lembut, malam pula dia menari sebagai seorang wanita,” kongsi Faizal yang turut menjelaskan bahawa penggambaran telemovie tersebut hanya akan dijalankan pada bulan April tahun depan.



Bagus

Marah

Terkejut
1

Sedih

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (2 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ais_kosong 8-10-2013 03:51 PM
hebat la roy la ni
Quote ToungeSoup 8-10-2013 03:57 PM
roy jadi auwwwwwwwwww...hehehe..i like
Quote fifie_olin 8-10-2013 03:59 PM
x sesuai ....dh tua kot
Quote pinkzara 8-10-2013 04:03 PM
betul lah apa yg dia ckp.
kalau nak master, buat satu benda saja.
seseorang yg 'multi tasking' tak akan capai tahap master.
Quote cammie1711 8-10-2013 04:40 PM
buat tebiat ke nak jadi pmpuan?
buat tambah dosa je
Quote dayana88 8-10-2013 04:55 PM
badannya kurus, x sesuai laaa
Quote dayana88 8-10-2013 04:56 PM
pinkzara posted on 8-10-2013 04:03 PM
betul lah apa yg dia ckp.
kalau nak master, buat satu benda saja.
seseorang yg 'multi tasking' tak ...

yeke? depend on people, sesetengah org tahu nak multi task & make sure kerja tu jadi efektif. yang penting organizational skills tu ada. aku rasa la..huhu

Quote neez_cookies 8-10-2013 04:56 PM
x sesuai la roy..hati kau sungguh keras!
Quote 311gurl 8-10-2013 04:58 PM
tanjat iols tgk tajuk benang,,,

dah kene si pezal ni?nak beraww aww pulak dah
Quote bobok_berhabok 8-10-2013 05:06 PM
amboi roy... galak
Quote princess_happy 8-10-2013 05:09 PM
dia dah hebat berlakon pon..jadi bapak, anak,penjahat,baik, penyayang dan lain2 watak agi..
Quote mizmini 8-10-2013 05:12 PM
suh je dia joint karot komedia..
Quote myakayina 8-10-2013 05:15 PM
Roy..Roy.. nak watak maknyah la plak.. iols suka dia ni berlakon..

version muda..

version tak brp nak muda..
Quote ciaki 8-10-2013 05:17 PM
Sentap rosyam n sol kalo bace. Sendiri terbit sendiri hero. Hahaha. Tp aku stuju
Quote miawpink 8-10-2013 05:19 PM







Quote miawpink 8-10-2013 05:20 PM
comel anak ank dia
Quote miawpink 8-10-2013 05:22 PM




Quote dahliateck 8-10-2013 05:26 PM
bagus, xde la fefeeling nak berlakon macho jer

suka dia ni, betul2 nak jd anak seni, sama cam rusdi ramli, bakat ni nak tau sejauh mana, kita kena cabar diri kita sendiri
Quote fazila17 8-10-2013 05:30 PM
Masa dia muda iols tak minat dia

Dah matang ni baru suker giler

Lihat semua komen(54)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 05:25 PM GMT+8 , Processed in 0.394910 second(s), 48 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top