CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Gosip Lihat artikel

Guru Ada Peluang Jadi Isteri Fahrin Ahmad

9-10-2013 12:08 PM| Diterbitkan: admin6| Dilihat: 25711| Komen: 207



PETALING JAYA: Pelakon Fahrin Ahmad membuat keputusan mencari wanita yang bekerja sebagai seorang guru untuk dijadikan calon isteri berbanding memilih mereka di kalangan selebriti.

Fahrin, 34, berkata, dia membuat keputusan itu kerana merasakan lebih sesuai untuk mendampingi wanita golongan berkenaan apatah lagi ahli keluarganya yang lain turut bergelar pendidik.

"Saya bukan serik untuk bercinta dengan golongan artis tetapi wanita dalam kerjaya tersebut tidak sesuai dengan saya dan saya ingin mencari calon isteri di kalangan orang biasa sahaja.

"Saya ingin mencari wanita yang bergelar guru kerana lebih mudah saya menyesuaikan diri tambahan pula ibu, bapa dan kakak saya turut bergelar pendidik sebelum ini, jadi ia lebih praktikal," jelasnya kepada mStar Online.

Dalam perkembangan sama, kata Fahrin dia kini masih sendirian dan selesa dengan kehidupan itu selepas keinginan untuk berkahwin semakin terhakis.

"Saya sarankan sesiapa yang masih solo supaya segera berkahwin dan jangan tunggu usia sudah mencecah 30-an baru hendak fikir tentang soal berumah tangga.

"Apabila usia semakin lanjut, kita mula rasa selesa dengan kedudukan kita dan keinginan untuk berkahwin semakin terhakis," jelasnya.

Bagaimanapun kata Fahrin, itu bukan bererti dia tidak mahu berkahwin sebaliknya sudah berusaha mencari calon isteri namun jodoh masih belum menyebelahinya buat masa ini.

"Apa-apa pun saya tetap akan berkahwin dan usaha pun telah saya lakukan tetapi tinggal lagi jodoh masih belum sampai," katanya.

Sementara itu, Fahrin memberitahu, ibu bapanya ingin mencari calon isteri untuknya namun dia menolak kerana lebih selesa menemui buah hati atas pilihan sendiri.

"Keluarga ada beritahu ingin memperkenalkan saya seseorang tapi saya menolak kerana ingin pilih sendiri teman hidup dan bukannya atas kehendak orang lain.

"Saya faham mereka risau dengan faktor umur saya yang semakin meningkat tetapi mereka faham cinta itu tidak boleh dipaksa," jelasnya.

Dalam perkembangan lain, Fahrin berkata, dia bakal berangkat ke Cardiff, Wales, United Kingdom pada 20 November depan untuk menyaksikan perlawanan Liga Perdana Inggeris di antara Kelab Cardiff City menentang Manchaster United yang akan berlangsung pada 25 November 2013.

Selain Fahrin, tiga lagi artis lelaki iaitu Fizo Omar, Fizz Fairuz dan Iqram Dinzly akan turut menyertai rombongan itu.



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote miawpink 9-10-2013 09:14 AM
patut la clash ngan linda onn n scha sebab depa bukan cikgu rupa nya
Quote ellZack 9-10-2013 09:20 AM
tak habis lagi cita cari jodoh dia ni..
asal keluar paper je, cita cari jodoh.
sama la dgn LJ.
asal keluar paper je, mesti cerita ntah apa2.
pasal rambut la, pasal belajar masak la.
Quote Munnalicious 9-10-2013 09:20 AM
Cari la guru yg bkn keje ngadap internet tgu brg online dok update n rajin bkuntum kt porem drpd guru yg mcm zaman dulu yg baik dan ikhlas mengajar yea pacit parin.


Awat dlm iklan a a a a ali ali kepe tu baju dia sendat sgt smp xtermuat butang nak katup. Kahhhhh kedekah3
Quote wookiehoney 9-10-2013 09:22 AM
fahrin, aku ni ade oiiiiiiiiiiiiiii
walopon bukan cikgu tp level lebih kurang je
Quote hanakikan 9-10-2013 09:23 AM
Jangan ko fahrin. Keje cikgu ni stress. Silap2 ko tempat lepas geram nanti
Quote krustykrab 9-10-2013 09:28 AM
parin nak carik cikgu vogue
Quote NAT_11 9-10-2013 09:32 AM
Wah! Fahrin nak pegi Cardiff, syokkknya!!!

Quote rosasa 9-10-2013 09:33 AM
habisla cikgu sekolah lepas ni fefeling fahrin minat dorg
Quote wanitajelita 9-10-2013 09:35 AM
hmm nampak sangat kalau kahwin dgn Fahrin Ahmad bininya still kena kerja.. tu yg mention bakal wife nak berjawatan apa

standard laa lelaki Melayu... suka menghambakan bini suruh kerja
Quote digitizer 9-10-2013 09:35 AM
Kena mandi bunga ni...haha..ker nafsu xde?
Quote digitizer 9-10-2013 09:36 AM
wanitajelita posted on 9-10-2013 09:35 AM
hmm nampak sangat kalau kahwin dgn Fahrin Ahmad bininya still kena kerja.. tu yg mention bakal wife  ...

Agak kasar bunyinya..tp i have to agree 100% with uols.
Quote wanitajelita 9-10-2013 09:37 AM
rosasa posted on 9-10-2013 09:33 AM
habisla cikgu sekolah lepas ni fefeling fahrin minat dorg

hahahah
Quote girly.. 9-10-2013 09:45 AM
Munnalicious posted on 9-10-2013 09:20 AM
Cari la guru yg bkn keje ngadap internet tgu brg online dok update n rajin bkuntum kt porem drpd gur ...

hehehehhehe btl tuh... buruk benar tgk dia berjoget...
Quote nurfariezza 9-10-2013 09:50 AM
cikgu tadika pn still consider ckgu kn abam parin   
Quote kak_jiebam 9-10-2013 09:54 AM
memang takde modal lain kalau cerita pasal fahrin ni.....
Quote dayana88 9-10-2013 09:58 AM
i chegu tadika, boley masuk line tak?
Quote miss_qasehs 9-10-2013 10:01 AM
Quote housequeen 9-10-2013 10:02 AM
asal keluar cerita kawin...asal keluar cerita kawin.....tapi belum kawin2 lagi....cuba cakap terang2...nak pompuan yg dtg pinang dia..kan senang.....
Quote achik2009 9-10-2013 10:03 AM
wahai cikgu-cikgu sekalian....sila hantar borang permohonan masing2 dgn segera....

Lihat semua komen(207)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-11-2024 10:32 PM GMT+8 , Processed in 0.060654 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top