Johan utamakan isteri dan anak Kecoh juga apabila keluar berita Johan Raja Lawak membelikan isteri juga pelakon merangkap pengurusnya, Ozlyn Wati, beg bernilai lebih RM200,000. Sebenarnya hendak bercerita mengenai Johan menghargai isterinya, kita sudah lama nampak perkara itu. Kita pernah juga berkongsi cerita dengan awak semua sebelum ini, mengenai bagaimana pelawak yang bergelar penyampai radio di Era FM ini sanggup mengunyah daging sate dan disuapkan kepada Ozlyn disebabkan isterinya tidak boleh mengunyah kerana menjalani rawatan gigi. Cuma perkara yang kita tidak pernah beritahu awak semua, Johan juga suami yang bagus apabila mengimamkan Ozlyn setiap kali solat. Perkara itu kita lihat Ramadan lalu, apabila pelawak serba boleh itu meminta izin jemaah perempuan lain untuk sembahyang di bahagian perempuan supaya dia dapat mengimamkan isteri tercinta. Kebetulan di bahagian lelaki tiada orang berjemaah. Niat kita memberitahu awak mengenai perkara ini bukan untuk berbangga bagi pihak Johan, apatah lagi mengimamkan isterinya satu tanggungjawab. Cuma niat kita berkongsi supaya ia dapat dijadikan contoh bagi orang lain. yang tidak pernah melakukan perkara seperti itu. Berkesempatan berbual panjang dengan Johan baru-baru ini, dia sempat menjelaskan kepada kita, apa sangat harga beg jikaRM200,000 itu andai hendak dibandingkan dengan pengorbanan dicurahkan isterinyaterhadap dirinya. Lebih-lebih lagi kalau dinilai, Ozlyn harus bertarung nyawa untuk melahirkan zuriatnya, menjadi ibu yang baik dengan mengasuh dan menyediakan keperluan seisi rumah tangga. Kerjaya seninya juga diuruskan isteri sehingga dia berada di tahap sekarang. Jelas Johan, dia tidak dapat membayangkan dirinya jika tiada Ozlyndi sisi, malah isterinya adalah tulang belakangnya untuk segala perkara, termasuk kejayaan seninya.diraih dalam kerjaya seni. Dihitung dari semua pengorbanan dilakukan Ozlyn dan kemampuan yang ada, Jelas Johan, menghadiahkan atau memenuhi kehendak isteri tersayang bukan perkara yang seharusnya diperbesar-besarkan. Perkara sama juga dilakukan dengan anak. Kita seronok apabila Johan bersemangat bercerita mengenai keletah tiga cahaya matanya, terutama yang sulung kini berusia lapan tahun dan bersekolah. Sebagai bapa, dia menitikberatkan agama dalam mendidik ahli keluarganya. Kehendak mereka akan dipenuhi tetapi perkara wajib tiada kompromi. Malah, katanya, dia tersenyum sendiri apabila setiap kali mendengar doa anaknya. Selepas memohon ampun dan mendoakan kesejahteraan ibu bapanya, anak sulungnya pasti akan meminta mahu mendapatkan mainan lebih banyak di Toys’R’Us. Disebabkan itu Johan akan sentiasa mencari masa untuk membawa anaknya membeli-belah di pusat mainan terbesar itu. Malah, dia pernah berulang-alik dari Kuala Lumpur ke Melaka untuk memenuhi impian anaknyamembeli barang di Toys’R’Us di sana. Lebih daripada itu, kita tersentuh hati apabila Johan berkata, pada zaman kecil dia menjalani hidup susah, apatah lagi hidup bersama 12 adik-beradik. Kalau menjamah nasi harus berpada dan beringat. Jika nasi sudah habisdi pinggan, tidak boleh bertambah. Disebabkan itu dia tidak mahu keluarganya dan anak tidak menjalani kepayahan yang pernah dirasai sewaktu kecil. Namun satu perkara, jelas Johan, dia akan bertegas dengan anaknya jika mereka tidak menghabiskan makanan atau membazir. Katanya, disebabkan itu dia sentiasa bekerja keras untuk membahagiakan isteri dan anakKerana hidup susah dia pasti tidak ada masalah untuk tidur di kaki lima atau masjid tetapi tidak isteri dan anak. Sebagai ketua keluarga, menjadi tanggungjawabnya menyediakan segala keperluan mereka. Kemewahan dirasai sekarang juga sebenarnya datang daripada anak. Dia hanya menumpang rezeki mereka. Disebabkan itu apa saja kehendak keluarganya sebaik mungkin akan dipenuhi. Begitupun, kata Johan, Tuhan jangan dilupakan kerana Dia pemberi rezeki. Berkongsi tip, apabila setiap kali selesai solat, dia akan bersujud dan berdoa meminta diberikan rezeki tidak disangka-sangka. Kerana rezeki tidak disangka-sangka itulah membuatkan Johan dan keluarganya dapat menjalani hidup dengan senang dan bahagia. Kata Johan pada kita, dia kini mahu Ozlyn mengandung lagi dan kalau boleh seramai mungkin seperti keluarga besarnya kerana rezeki setiap anak itu sudah ditetapkan. Mendengarkan kata-kata Johan membuatkan kita banyak berfikir. Orang selalu melihatnya berlawak di pentas tetapi apabila duduk berbual, banyak perkara di luar lingkup dapat kita pelajari. Begitupun, setiap kali berbicara Johan akan merendah diri dengan berkata, “Saya hanya pelawak dan hanya pandai buat orang ketawa.”
|
krustykrab posted on 6-10-2013 08:44 PM
tang kunyah sate lepast\ tu kasi ozlyn makan eiiiii geli aku
krustykrab posted on 6-10-2013 08:44 PM
tang kunyah sate lepast\ tu kasi ozlyn makan eiiiii geli aku
ADVERTISEMENT