Masalah obesiti yang melampau di Malaysia bukanlah sesuatu perkara yang baru berlaku, jadi tidak peliklah jika terdapat banyak artikel dan tips untuk menurunkan berat badan di media sosial. Akan tetapi, jarang sekali kita melihat tips-tips untuk menambahkan berat badan.
Sebenarnya, menaikkan berat badan sama sahaja sukarnya seperti menurunkan berat badan. Bahkan, untuk menaikkan berat badan memerlukan lebih banyak wang dan modal memandangkan anda perlu makan secara kerap dan dalam kuantiti yang banyak untuk meningkatkan pengambilan kalori. Seorang individu di Twitter dengan nama Atif Alias (@Atifalias) berkongsikan kisahnya yang berjaya menaikkan berat badan. Menurutnya, tiga perkara utama yang anda perlukan untuk menaikkan berat badan adalah usaha, masa dan modal.
Proses untuk menaikkan dan menurunkan berat badan adalah satu proses yang memakan jangka masa yang panjang. Jadi, jangan pula korang baru sebulan jaga badan dah terus mengharapkan hasil. Trust the process! - CARI
|
ADVERTISEMENT