Masalah obesiti yang melampau di Malaysia bukanlah sesuatu perkara yang baru berlaku, jadi tidak peliklah jika terdapat banyak artikel dan tips untuk menurunkan berat badan di media sosial. Akan tetapi, jarang sekali kita melihat tips-tips untuk menambahkan berat badan.
Sebenarnya, menaikkan berat badan sama sahaja sukarnya seperti menurunkan berat badan. Bahkan, untuk menaikkan berat badan memerlukan lebih banyak wang dan modal memandangkan anda perlu makan secara kerap dan dalam kuantiti yang banyak untuk meningkatkan pengambilan kalori.
Seorang individu di Twitter dengan nama Atif Alias (@Atifalias) berkongsikan kisahnya yang berjaya menaikkan berat badan. Menurutnya, tiga perkara utama yang anda perlukan untuk menaikkan berat badan adalah usaha, masa dan modal.
Perkara pertama yang anda perlu tahu adalah Basal Metabolic Rate (BMR), atau nama mudahnya kuantiti kalori harian yang perlu diambil.
"Jangan ambil jalan pintas pula cari makanan berminyak untuk tambah kalori"
Apabila bab makanan dan kalori sudah diambil kira, seterusnya anda perlu fokus pula kepada latihan yang perlu dilakukan. Sebelum anda mulakan latihan mengangkat beban, pastikan pengambilan makanan dan kalori cukup atau semua latihan yang dilakukan hanyalah sia-sia.
Proses untuk menaikkan dan menurunkan berat badan adalah satu proses yang memakan jangka masa yang panjang. Jadi, jangan pula korang baru sebulan jaga badan dah terus mengharapkan hasil. Trust the process! - CARI |