Serangan lebah bukan pertama kali berlaku di pekan Kuala Kangsar. Mukrim membersihkan lantai stesen minyak yang dipenuhi ribuan lebah yang sudah mati. KUALA KANGSAR - Penduduk di Kuala Kangsar gempar apabila ribuan lebah menyerang pekan daerah itu sebelum bertindak menyengat beberapa penduduk dalam satu kejadian, Khamis lalu. Kejadian jam 7 petang itu mengejutkan orang ramai sehingga ada yang gagal menyelamatkan diri daripada disengat. Petugas stesen minyak, Mukrim Sobri Md Akir, 25, berkata, dia terkejut apabila melihat ribuan lebah mengerumuni lampu di stesen minyak berkenaan. Menurutnya, bilangan lebah semakin banyak setelah cuaca semakin gelap dan serangga tersebut berkumpul di kawasan terang dan berlampu. “Banyak juga (lebah) yang langgar cermin kedai di stesen ini. Saya dengar, ada pelanggan yang disengat serangga berkenaan,” katanya. Sementara itu, seorang lelaki enggan dikenali berkata, lebah itu pada asalnya berkumpul di tiang lampu berhampiran pekan sebelum berubah lokasi apabila keadaan semakin gelap. Katanya, kumpulan lebah itu tidak menyasarkan manusia, namun mereka yang disengat mungkin disebabkan berada terlalu hampir dengan serangga itu. “Kumpulan lebah itu seakan-akan tertarik dengan cahaya lampu. Yang menyengat manusia itu mungkin lebah yang terlepas dan terasing dari kumpulannya,” katanya. Seorang lelaki yang hanya dikenal sebagai Imran pula berkata, dia disengat lebah ketika sedang melihat Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) menghapuskan serangga itu. Menurutnya, dia disengat di lengan dan pergelangan tangan terus beredar dari kawasan tersebut kerana bimbang keselamatan dirinya. Dalam pada itu, menurut maklumat daripada penduduk tempatan, fenomena lebah datang secara berkumpulan itu bukan kali pertama terjadi. Menurut mereka, kejadian sama pernah berlaku beberapa tahun dahulu dan serangga tersebut tidak membuat sarang di kawasan berkenaan, sebaliknya ‘serangan’ itu lebih kepada ‘persinggahan’ sebelum beredar ke kawasan lain.
|
3
Bagus |
1
Marah |
8
Terkejut |
4
Sedih |
4
Lawak |
6
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Kumpulan lebah itu seakan-akan tertarik dengan cahaya lampu.
ADVERTISEMENT