CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Serah Wang Perlindungan Pada ‘Abang Long’

6-6-2014 06:10 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 2749| Komen: 0

Description: Dalam Kejadian Jam 5.30 Petang Itu, Suspek Berusia 44 Tahun Bersama Dua Lagi Rakannya Meminta Wang Perlindungan Sebanyak Rm5,000 Setiap Bulan Daripada Seorang Kontraktor Sebuah Syarikat Bekalan Air.

Tajuk dan gambar adalah sekadar hiasan penyedap mata

Kuala Lumpur: Tindakan sekumpulan samseng mengutip wang perlindungan kononnya untuk diserahkan kepada ‘Abang Long kawasan’ mengundang padah apabila salah seorang daripada mereka diberkas polis berhampiran Stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Universiti di sini, kelmarin.


Dalam kejadian jam 5.30 petang itu, suspek berusia 44 tahun bersama dua lagi rakannya meminta wang perlindungan sebanyak RM5,000 setiap bulan daripada seorang kontraktor sebuah syarikat bekalan air.

Sumber polis berkata, wang itu bagi menjaga kawasan mangsa selain mengelakkan mangsa diganggu oleh ahli kumpulan lain.



Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Muhammad Azlee Abdullah berkata, suspek sebelum ini pernah memeras ugut mangsa dan kali terkahir pada pada 13 Mei lalu. “Bagaimanapun, mangsa ketika itu hanya menyerahkan RM300 sebagai wang pendahuluan berikutan bimbang dicederakan,” katanya kepada Harian Metro.

Kumpulan penjenayah terbabit kemudian muncul semula di tempat kerja mangsa, pada Rabu lalu untuk mendapatkan lagi wang perlindungan.

“Mereka menyamar sebagai pekerja kontrak untuk memasuki tempat mangsa bekerja. Bagaimanapun, tindakan itu disedari anggota polis bantuan yang yang bertugas di bangunan berkenaan,” katanya.

Menurutnya, salah seorang daripada tiga penjenayah terbabit berjaya diberkas manakala dua lagi rakannya sempat melarikan diri.

“Pihak polis kini sedang melakukan siasatan termasuk operasi untuk mengesan dua lagi suspek terbabit.

“Kes itu kini disiasat mengikut Seksyen 384 Kanun Keseksaan atas kesalahan melakukan peras ugut,” katanya.


4

Bagus
3

Marah
8

Terkejut
8

Sedih
8

Lawak
16

Bosan

Friends Rank (47 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

23-4-2024 11:18 PM GMT+8 , Processed in 0.109209 second(s), 21 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top