CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Malaysia Airlines (Mas) Syarikat Penerbangan Utama Asia

3-10-2013 05:37 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 8068| Komen: 56

Description: Malaysia Airlines (Mas) Dinamakan Sebagai 'Syarikat Penerbangan Utama Asia' Di Anugerah World Travel Awards (Wta) 2013, Menewaskan 11 Lagi Syarikat Penerbangan Perkhidmatan Penuh Terkemuka Lain.



MALAYSIA Airlines (MAS) dinamakan sebagai 'Syarikat Penerbangan Utama Asia' di anugerah World Travel Awards (WTA) 2013, menewaskan 11 lagi syarikat penerbangan perkhidmatan penuh terkemuka lain.
   
Anugerah berprestij itu disampaikan pada majlis gala Asia dan Australasia WTA yang diadakan di Dubai, Emiriah Arab Bersatu.
   
Pengarah Perkhidmatan Pelanggan MAS, Datuk Mohd Salleh Ahmad Tebrani berkata, pengiktirafan oleh WTA itu adalah hasil daripada semangat pasukan untuk menyediakan hospitaliti Malaysia kepada semua pelanggan.
   
"Kami berusaha sedaya upaya kami untuk menyediakan perkhidmatan pelanggan berkualiti tinggi, ikhlas dan konsisten.
   
"Kami berterima kasih kepada semua rakan kongsi dan pelanggan kami kerana mengundi Malaysia Airlines," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Anugerah itu merupakan pengiktirafan yang sewajarnya bagi MAS ketika ia meraikan ulang tahun ke-41 pada 1 Oktober.
   
WTA berasaskan kepada undian daripada peserta industri perjalanan dan pelanggan dan anugerah itu merupakan penanda aras unik bagi kecemerlangan perniagaan dan kualiti industri.  - Bernama

2

Bagus
2

Marah
4

Terkejut
2

Sedih
4

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (15 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote nurul_akmar 3-10-2013 09:27 AM
last time aku fly ke hongkong, stewardess dia terlebih peramah. masa aku g umrah, sedikit sombong.
Quote wana89 3-10-2013 09:42 AM
Ada x forumer indon nak royan kat sini?
Quote dino 3-10-2013 09:44 AM
itu garudadaku apa cite
cc: @pyropura
Quote MengkuduMasam 3-10-2013 09:53 AM
last aku pi bali aritu agaknya naik MAS flight ganti kot... stewardess muka kelat jer... tua2 dan prasan macam bagus...
aku mintak paper bag nak simpan biskut2 yg die kasi utk anak kecik aku kunyah2 pun... dia buleh balas balik "what?".. dgn muka berkerut... bile masuk ke business class punyer tempat elok je senyum...

mmg suwei laa flight aku arituh...nasib mase balik ok sket....
Quote Peterpan17 3-10-2013 09:54 AM
dino posted on 3-10-2013 09:44 AM
itu garudadaku apa cite
cc: @pyropura

Indon mesti sakit ati baca ni. Pdhal bg aku bukan big deal pun
Quote hanakikan 3-10-2013 09:55 AM
A380 MAS dah ada berapa? Makanan mAS tetap terbaik
Quote dino 3-10-2013 09:56 AM
Peterpan17 posted on 3-10-2013 09:54 AM
Indon mesti sakit ati baca ni. Pdhal bg aku bukan big deal pun

hahha.... yela nak dpt peluang nengok forumer indon sakit jiwa bkn sonang
Quote hanakikan 3-10-2013 09:58 AM
SIA pun kalah ke? Hari tu naik SIA service mmg tiptop.Kalau destination yg MAS x pergi aku prefer naik SIA
Quote hyie 3-10-2013 10:00 AM
bukan garuda ke yang terbaik di seluruh pelusuk alam semesta?
Quote Peterpan17 3-10-2013 10:00 AM
MengkuduMasam posted on 3-10-2013 09:53 AM
last aku pi bali aritu agaknya naik MAS flight ganti kot... stewardess muka kelat jer... tua2 dan pr ...

Datang bulanlah tu bro.

Aku so far takdelah kena layan buruk dgn FA  MAS. Tp smp skrg aku msh ingat lg betapa eksyennya FA sotong jantan time aku gi Korea last year. Mentang2 byk awek Korea masuk, kita di bolayan. Muka kelat betul lgsg tak senyum pastu ckp kasar2 kat kita org.

Naik MAS gi negara2 lain takdelah yg tunjuk muka kelat atau menyombong dgn aku lg so far.
Quote Peterpan17 3-10-2013 10:02 AM
dino posted on 3-10-2013 09:56 AM
hahha.... yela nak dpt peluang nengok forumer indon sakit jiwa bkn sonang

Org yg kuat hasad ni mmg seronok tgk depa sakit ati. Meroyan dan meraung
Quote Peterpan17 3-10-2013 10:02 AM
hyie posted on 3-10-2013 10:00 AM
bukan garuda ke yang terbaik di seluruh pelusuk alam semesta?

Tunggu saja mat mat indon meroyan dan meraung. Aku dah tak sabar nengok depa meroyan & meraung.
Quote dino 3-10-2013 10:04 AM
Peterpan17 posted on 3-10-2013 10:00 AM
Datang bulanlah tu bro.

Aku so far takdelah kena layan buruk dgn FA  MAS. Tp smp skrg aku msh  ...

sound je org ckp kasar takleh blah mcm tuh
aku skrg klau org ckp kasar aku sound je balik.... takde makna nak sopan santunya....
Quote Peterpan17 3-10-2013 10:06 AM
dino posted on 3-10-2013 10:04 AM
sound je org ckp kasar takleh blah mcm tuh
aku skrg klau org ckp kasar aku sound je balik....  ...

Aku tak sound psl dia sotong. Jalan pun lenggang lenggok, pegang barang pun pinky terjuih. Klu aku sound nanti dia nanges
Quote wana89 3-10-2013 10:06 AM
Peterpan17 posted on 3-10-2013 10:02 AM
Org yg kuat hasad ni mmg seronok tgk depa sakit ati. Meroyan dan meraung

Aku lupa la nick indon semua.. nak panggil xtahu. Nak tengok royanan depa
Quote Peterpan17 3-10-2013 10:08 AM
wana89 posted on 3-10-2013 10:06 AM
Aku lupa la nick indon semua.. nak panggil xtahu. Nak tengok royanan depa

Ko seru si @Pyropura. Dia yg hafal nick setiap indon dlm CI ni.
Quote nuc 3-10-2013 10:08 AM
dino posted on 3-10-2013 09:44 AM
itu garudadaku apa cite
cc: @pyropura

mn masuk list bro....


Untitled.jpg

Quote dino 3-10-2013 10:08 AM
Peterpan17 posted on 3-10-2013 10:06 AM
Aku tak sound psl dia sotong. Jalan pun lenggang lenggok, pegang barang pun pinky terjuih. Klu aku ...

sotong kurita bajet hot rupanya
btw mmg kena ajar skit org yg tak reti ckp elok2.... dah keje ngan org ramai... haruslah reti kontrol segala...
Quote Peterpan17 3-10-2013 10:09 AM
nuc posted on 3-10-2013 10:08 AM
mn masuk list bro....

Garudadaku mana??

Lihat semua komen(56)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-5-2024 09:18 PM GMT+8 , Processed in 0.064251 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top