Beberapa hari lepas, dunia hiburan digemparkan dengan pendedahan Sarah Hildebrand tentang hubungannya bersama bekas kekasih, Nabil Mahir. Menurut Sarah dalam posting di Instagram itu, dia mendedahkan salah satu punca putusnya hubungan mereka adalah disebabkan bekas kekasihnya curang.
Pendedahan Sarah itu mendapat reaksi marah netizan yang kemudiannya menyerang Instagram bekas kekasihnya itu. Beberapa hari selepas itu, Sarah sekali lagi memuat naik posting di IG dan berkongsikan kepada pengikutnya tentang ciri-ciri kekasih 'toxic' dan apa yang perlu dilakukan jika berada di dalam 'toxic relationship'. Menurut Sarah Hildebrand, berikut adalah ciri-ciri pasangan 'toxic': 1. Mereka terlalu mengawal. 2. Cemburu melampau. 3. Sentiasa membuatk pasangan berasa sedih. 4. Pasangan yang menipu. 5. Pasangan yang curang. 6. Pasangan yang 'abusive'. 7. Mereka sentiasa menuding jari. 8. Pasangan terlalu 'insecure'. 9. Mereka terlalu meminta-minta. 10. Pasangan bijak dalam manipulasi keadaan. Berikut pula adalah ciri-ciri 'toxic relationship': 1. Walau dalam apa keadaan dan apa yang anda buat, anda sentiasa dipersalahkan. 2. Pasangan sentiasa membuat anda rasa sedih dan 'down'. 3. Segalanya tentang mereka dan bukan anda. Jika anda bercerita atau buat sesuatu untuk diri sendiri, mereka akan memanipulasi keadaan dan bercerita tentang mereka. 4. Anda berasa sedih walaupun ketika berada di situasi yang ceria. 5. Terlalu bergantung terhadap satu sama lain, sehingga jika berpisah anda tidak boleh berbuat apa-apa dan 'lose'. 6. Anda berasa tidak selesa menjadi diri sendiri. 7. Sentiasa bergaduh dan ada drama yang anda tidak boleh kawal. 8. Pasangan terlalu mengawal sehingga anda tidak boleh berbuat apa-apa. Menurut Sarah lagi, jika anda dapati pasangan anda ada dua ciri di atas, anda sebenarnya berada di dalam 'toxic relationship'. Apa yang anda perlu buat? Tegur kesilapan masing-masing dan bawa berbincang. Namun, jika masih tiada jalan penyelesaian, sayangi diri anda dan tinggalkan hubungan itu!
|
joannakimberly replied at 31-7-2019 09:37 AM
Pernah je dulu. Selama 8 tahun berada dlm toxic relationship.
Sebijik macam yg Sarah ni alami.
Sia ...
fushimi replied at 31-7-2019 10:22 AM
Adah tahu toxic tapi ko gigih je bertahan sampai 5 tahun apooooooooooooooooooooooooo
kalau dah ta ...
mieymiey replied at 31-7-2019 09:42 AM
Perkataan 'intercourse' sheols sebelum ni dah edit kepada 'cheating'.
lasagna replied at 31-7-2019 10:30 AM
actually ayat intercourse tu agak berat pd iols juga.
ohh really sheol tukar ayat tu ke cheating? ...
mieymiey replied at 31-7-2019 10:50 AM
Ya, sheols kata Nabil ber'intercourse' dengan pompuan lain. Tak lama lepastu sheols tukar.
joannakimberly replied at 31-7-2019 09:37 AM
Pernah je dulu. Selama 8 tahun berada dlm toxic relationship.
Sebijik macam yg Sarah ni alami.
Sia ...
ADVERTISEMENT