Sekurang-kurangnya tiga maut, manakala 15 lagi cedera dalam serangan tembakan rambang di sebuah pesta makanan di California pada Ahad. Memetik The Sun, bunyi tembakan di Pesta Bawang Putih Gilroy itu mencetuskan kepanikan pengunjung yang bertempiaran menyelamatkan diri. Difahamkan, polis pada pagi Isnin mengesahkan sekurang-kurangnya tiga terbunuh, manakala suspek ditembak mati oleh anggota yang tiba di lokasi sebaik menerima laporan mengenai kejadian tembakan itu. Lelaki itu dikatakan memotong pagar untuk menceroboh masuk ke festival berkenaan. Sementara itu, NBC melaporkan kanak-kanak lelaki berusia enam tahun antara terbunuh dalam tragedi berkenaan. Sehingga kini, masih tidak dapat dipastikan sekiranya insiden itu membabitkan suspek kedua dan motif serangan masih dalam siasatan. Menurut saksi kejadian, dia melihat seorang individu mengenakan kelengkapan penyamaran bersenjatakan raifal semiautomatik menembak secara rambang ke arah pengunjung. Sementara itu, penyanyi Jack van Breen dari kumpulan Tin Man yang sedang membuat persembahan berkata, dia melihat seorang lelaki berbaju hijau menembak ke arah kawasan makanan ditempatkan. Dia yang kemudian bersembunyi di bawah pentas bersama ahli kumpulannya mendakwa terdengar seseorang menjerit; "Kenapa kamu melakukannya?" dan dibalas suspek; "Sebab saya sangat marah." Ketua Polis Gilroy, Scot Smithee berkata, bunyi tembakan mula kedengaran sekitar jam 5.41 petang waktu tempatan. Agensi berita NBC Bay Area pada awalnya melaporkan pasukan medik dimaklumkan seramai 11 mangsa maut dalam insiden itu. Manakala, KSBW dimaklumkan polis bahawa 60 cedera dalam kejadian, namun kesahihan laporan itu tidak dapat dipastikan. Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menerusi Twitternya menasihatkan penduduk di kawasan berkenaan supaya berhati-hati dan menjaga keselamatan sebelum suspek dilaporkan sudah ditangkap. Pesta Bawang Putih Gilroy diperkenalkan pada 1979 dan memaparkan makanan, minuman, serta dan pertandingan memasak yang dianjurkan sukarelawan. Ia pertama kali diadakan di Taman Christmas Hill, di mana sebarang objek yang bloleh dijadikan senjata sama sekali tidak dibenarkan dibawa masuk. - CARI
|
ainashiqa replied at 29-7-2019 04:10 PM
Suka2 je tembak rambang.. Gila
Foxey replied at 29-7-2019 05:11 PM
Apalah yang dimarah nya sangat sampai boleh tembak orang randomly. Serious anger issue tu. Kesian bu ...
dockers replied at 29-7-2019 04:13 AM
Kenapa tak declare terrorists attack?
ADVERTISEMENT