Tak habis habis! Kini, kecoh di media barat apbila tabloid luar negara, Daily Mail Entertainment melaporkan bekas isteri Sultan Muhammad V telah mengeluarkan kenyataan berbaur kekecewaan.
"Russian beauty queen challengee the ex-king of Malaysia to take a paternity test after he DISOWNED their 'son' and divorced her six months after relinquishing his throne to marry her" - Daily Mail Online Isu Oksana yang sebelum ini diceraikan dengan talak tiga menurut peguam Sultan Muhammad V, Koh Tien Hua, kini dilihat semakin menegang apabila peguam tersebut telah mengeluarkan kenyataan bahawa tiada bukti biologi anak yang dilahirkan Rihana Oksana itu merupakan anak kandung Sultan Muhammad V.
'Peguam Sultan banyak cakap dan celupar' - Oksana Menurut sahabat Oksana, Liliya Nastaeva, pihak mereka telah menzahirkan rasa kurang senang dengan sikap peguam yang mewakili Sultan Muhammad V yang 'terlalu banyak cakap, tidak profesional dan bermulut celupar'. Menurutnya, peguam tersebut tidak patut lantang bersuara mengenai masalah peribadi Oksana kepada awam dan kini menuntut permohonan maaf daripada pihak sultan. "Semua pihak yang rapat dengan Rihana termasuk ibu bapa, keluarga dan sahabat handai menuntut permohonan maaf daripada pihak sultan mengenai perkara peribadi itu. "Jika dia (Sultan Muhammad V) ragu-ragu mengenai status kelahiran anak itu, Oksana bersedia untuk melakukannya. Saya tahu kerana saya orang terdekat dengan Rihana," kata Liliya Nastaeva. Menurutnya lagi, jika Oksana menunjukkan rupa Ismail Leon kepada awam, pasti mereka akan mengatakan wajah dia (Leon) menyerupai Sultan Muhammadtanpa meraguinya. Ketika ditanya sama ada Sultan pernah melihat Leon, Liliya yang juga salah seorang ratu cantik di Rusia bersama Oksana mengatakan; "Saya rasa saya tidak boleh bercakap mengenai perkara itu." Manakala, wakil peguam Oksana, Evgeny Tarlo yang juga bekas senator Rusia berpendapat bahawa isu 'bapa biologi' itu sesuatu yang 'bodoh' dan 'penipuan' semata-mata. Beliau juga memberi kata putus bahawa perceraian itu tidak pernah terjadi dan sama sekali tidak mengetahui siapakah Koh Tien Hua itu. Evgeny juga merasakan peguam yang kononnya dilantik Sultan Muhammad hanya sekadar berlakon dan meminta untuk menunjukkan bukti bahawa dia itu sememangnya seorang peguam yang benar." "Untuk ujian DNA itu, seharusnya pihak Sultan Muhammad yang memberi bukti, bukan tanggungjawab Oksana untuk mempertahankan dirinya," ulasnya lagi. Ibu Oksana, Lyudmila Gorbatemko dilaporkan tinggal bersama Oksana dan turut membantu menjaga Leon. Foto: Daily Mail Menurut laporan, Oksana kini tinggal bersama ibunya di Moscow bersama si kecil Leon yang kini berumur dua bulan. Manakala, ayah Oksana mengambil keputusan untuk berdiam diri dalam konflik ini. Perkahwinan secara rahsia antara Oksana dan Sultan Muhammad V itu mencetuskan kontroversi apabila Sultan Muhammad mengambil keputusan untuk turun takhta daripada menjadi YDPA pada tahun lalu. Rakyat Malaysia terutamanya tertumpu kepada berita perkahwinan ini selepas beberapa siri video seks di dalam kolam renang yang disertai Oksana dalam sebuah rancangan realiti TV. Kemudian, ianya semakin memuncak apabila berita kelahiran Ismail Leon yang 'tidak diiktiraf' Sultan Muhammad V. Panas! - CARI |
Mfzg89 replied at 26-7-2019 10:28 AM
watpe DNA? minah russia ni x tau ke the power bawangs malaysia?? kitaorng lagi laju tau buat keje.. ...
Menurutnya lagi, jika Oksana menunjukkan rupa Ismail Leon kepada awam, pasti mereka akan mengatakan wajah dia (Leon) menyerupai Sultan Muhammadtanpa meraguinya.
ADVERTISEMENT