CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

'Proton Bukan Malaysia Punya Lagi'?

24-7-2019 02:23 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 4968| Komen: 35

Description: Pengerusi Jawatankuasa Agama dan Pendidikan Islam, Luar Bandar dan Pembangunan Usahawan negeri, Asmuni Awi mencetuskan kekecohan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak hari ini kerana menyatakan Proton ...
Pengerusi Jawatankuasa Agama dan Pendidikan Islam, Luar Bandar dan Pembangunan Usahawan negeri, Asmuni Awi mencetuskan kekecohan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak hari ini kerana menyatakan Proton bukan lagi kereta nasional.



Kredit foto: Reuters

Lapor Bernama, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan negeri (EXCO) itu berkata demikian ketika mewakili Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu bagi menjawab soalan tambahan Ahmad Saidi Mohamad Daud (BN-Changkat Jering) mengenai tindakan kerajaan negeri membeli kereta baharu jenama Toyota Camry bagi kegunaan EXCO.

“Mengapa tak beli Proton? Proton bukan Malaysia punya, China punya. Taraf status Proton bukan lagi kereta nasional, ia sudah dimiliki syarikat luar,” katanya.

Ahmad Saidi sebelum itu bertanya mengapa kerajaan negeri tidak membeli kereta Proton dan Exco boleh memainkan peranan sebagai duta untuk kereta nasional.


Beberapa ADUN pembangkang termasuk Datuk Abd Manap Hashim (BN-Pengakalan Baharu) bagaimanapun tidak berpuas hati dengan jawapan Asmuni itu dan mempertikaikan aspek pemilikan saham dalam Proton selain mendakwa EXCO berkenaan menyeleweng fakta.

Jelas Asmuni, kerajaan negeri jimat RM81,000 menerusi rebat cukai apabila membeli Toyota Camry pada harga RM109,000 seunit berbanding harga pasaran RM190,000.

Seperti dikatakan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad pada Persidangan Antarabangsa Mengenai Masa Depan Asia atau Persidangan Nikkei ke-24 di Tokyo pada Jun tahun lalu, Proton bukan lagi kereta nasional.

Buat masa ini, Syarikat China, Zhejiang Geely Holding Group (Geely) memiliki 49.9 peratus kepentingan dalam Proton, manakala DRB-Hicom mengekalkan pegangan 50.1 peratus. - CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote buragazz 24-7-2019 03:01 PM
Pulak..  Fening...
Quote Chairman 24-7-2019 03:03 PM
proton ni kire berdarah campuran la...bapak msia mak china
Quote kualibesi 24-7-2019 03:35 PM
Chairman replied at 24-7-2019 03:03 PM
proton ni kire berdarah campuran la...bapak msia mak china

so name nye apa? chinsia? ahaa
Quote baghal_bortuqal 24-7-2019 03:44 PM
51.1% bukan milik malaysia?


bodoh tak  boleh diajar
Quote sarah82 24-7-2019 03:48 PM
Jadi aku x boleh beli iriz la.. Dah bukan hak malaysia.. Jebon.
Quote dino 24-7-2019 04:21 PM
baghal_bortuqal replied at 24-7-2019 03:44 PM
51.1% bukan milik malaysia?



bodoh mcm mahacai
Quote MenteriWanita 24-7-2019 04:21 PM
Jarang tak bodoh orang seperti ini,
Quote nono86 24-7-2019 04:41 PM
Adoiiiii...
Quote gigahertz 24-7-2019 04:55 PM
baghal_bortuqal replied at 24-7-2019 07:44 AM
51.1% bukan milik malaysia?



perkara yang menghalang geely cuma 2%. Geely kalau nak takeover  proton x perlu 100% share
Quote Zazama 24-7-2019 06:15 PM
Nak kata ni je : wa puh ceh tawmaa!!
Quote andygila 24-7-2019 06:22 PM
Melepaskan anjing tersepit
Quote cHimo 24-7-2019 07:08 PM
sarah82 replied at 24-7-2019 03:48 PM
Jadi aku x boleh beli iriz la.. Dah bukan hak malaysia.. Jebon.

Belilah iriz sedap wooo.. banyak2 model proton iriz antara yang sedap... tapi sayang 1.6 manual rare sangat..
Quote sarah82 24-7-2019 07:15 PM
cHimo replied at 24-7-2019 07:08 PM
Belilah iriz sedap wooo.. banyak2 model proton iriz antara yang sedap... tapi sayang 1.6 manual ra ...

Ada plan tahun depan.. Tahun ni x lagi la.. Nak clear personal loan dulu.. Hari2 buka website proton tgk iriz 1.6..hahahaha...jadi motivasi utk kerja lagi kuat.
Quote Muntz 24-7-2019 07:17 PM
Masihlah milik Malaysia sikit2 walaupun 50.1% jah.
Quote scarflicious 24-7-2019 07:21 PM
Kat paler je kurang 2% tapi segala decision malaysian yg buat ke?
Quote runuha 24-7-2019 07:47 PM
tergadai ke @pyropura
Quote kivio 24-7-2019 08:26 PM
Ada satu quote ni

Work hard or drive Proton
Quote mdhelmi 25-7-2019 09:38 AM
aku pernah tgk design2 cantik kete proton atas kertas dan dlm grafik yg p&c
sbb designer dia aku punye design lecturer (xpasti ada lagi ke x, sbb ramai dah cabut)
tp semua x approve sbb yg approve org atas yg taste dia x bape tinggi sgt
kalo x kete2 proton design semua dah mcm bmw dah

Quote Melorqe 25-7-2019 11:09 AM
mdhelmi replied at 25-7-2019 09:38 AM
aku pernah tgk design2 cantik kete proton atas kertas dan dlm grafik yg p&c
sbb designer dia aku pu ...

aku pun dengar lama dah kes mcm ni kat dalam proton
rakyat dok caci maki design proton tapi mgmt masih buat pekak
aku suka design sekarang, nampak elegant
tapi iriz baru ni awat bontot besar kat bawah?
mcm katek pulak aku tengok dari belakang.

Lihat semua komen(35)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-5-2024 05:33 AM GMT+8 , Processed in 0.076709 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top