CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pembunuhan Ngeri Di Kuala Pilah

2-10-2013 09:46 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 17812| Komen: 83




KUALA PILAH – Penduduk di Kampung Parit Mungkal, Tanjung Ipoh dekat sini hidup dalam ketakutan selepas harimau kumbang dipercayai telah menyerang ternakan biri-biri milik seorang penduduk di situ kelmarin.

Penternak, Nor Asiah Yunus, 61, berkata, dalam kejadian pada pukul 7 pagi itu, dua ekor biri-biri miliknya hilang manakala baki sembilan lagi ekor biri-biri ditemui mati dengan kesan kecederaan akibat dibaham haiwan buas.

Menurut wanita itu, dia menyedari kejadian tersebut apabila dua anaknya, Abdul Mujib Nong Singah, 30, dan NorKhairukha, 41, pergi ke kandang tersebut pada pukul 7 pagi.

“Kedua-dua anak saya terkejut apabila menemui sembilan ekor biri-biri di dalam kandang itu dalam keadaan nyawa-nyawa ikan dengan banyak kesan kecederaan pada badan setiap ternakan itu,” kata Nor Asiah ketika ditemui di sini semalam.


2

Bagus
2

Marah
2

Terkejut
4

Sedih
2

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (14 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote noor2 2-10-2013 07:59 AM
ishhh......ingat apa...


tp awat jahat bunuh cik beng ni
Quote MYviHaZz 2-10-2013 08:01 AM

terkujat den...rupanya kambing yg kena bunuh....
Quote fida75 2-10-2013 08:10 AM
sengal tul tajuk pepagi nih...

harimau kumbang tu..., bahaya nye.. kang ada penduduk kg lak jdk target sbb kambing dh abis 1 reban ditalanye
Quote ren0_0 2-10-2013 08:14 AM
yang hilang 2 ekor tu mungkin la harimau dah makan. tapi sampai sembilan ekor nyawa-nyawa ikan kena attack...musykil aku. bukan ke harimau kalau dah dapat mangsa yang lain ditinggalkan aje?
Quote jaa139 2-10-2013 08:20 AM
tajuk bagai nak rak..rupanya kambeng kena bunuh..
harimau kumbang mencari mangsa..hati2 keluar malam kang terserempak panther...
Quote AbukRokok 2-10-2013 08:22 AM
kejam.. gila meroyan ke hapa rimau ni... satu da la
Quote MissNigga 2-10-2013 08:26 AM
rimau mengamuk ... ntah2 mendengar bisikan
Quote Eric.n9 2-10-2013 08:28 AM
"selepas harimau kumbang dipercayai"
Ha tu yang ada peliknya tu, rimau kumbang, dia dapat sekor, dia bawak lari terus. tak kacau yg lain. Yang suka buat carnage cenggini biasanya anjing gedumbu(anjing cari biawak kaum "K"). Anjing gedumbu ni, klu dia dpt tangkap binatang dia gigit kasi mati jer, tp x makan binatang tu.



p/s: Dah dekat nak ghayo aji ni, buek tokey tokey kambing/biri-biri dan lombu, rerajin la jonguk jonguk belaan tu yo
Quote DeMax 2-10-2013 08:29 AM
noor2 posted on 2-10-2013 07:59 AM
ishhh......ingat apa...

Kejam sungguh harimau Malaya ni eh
Quote abas8888 2-10-2013 08:38 AM
pasang pagar karen..renjatan bunuh/takutkan binatang punya voltage..bukan bunuh orang..
Quote Anakdesa 2-10-2013 08:41 AM
Semua pakai tajuk ala2 Harian Metro sekarang ni..... Poyo tahap gaban.... Kihkih...
Quote sueism 2-10-2013 08:43 AM
tajuk yg boleh mengundang kemarahan warga CI
Quote the_killer 2-10-2013 08:55 AM


KUALA PILAH – Pengusaha ternakan kambing biri-biri di Kampung Mungkal, dekat sini, terkejut apabila mendapati sembilan kambing ternakannya mati, manakala dua lagi hilang.

Abdul Mujid Nong Singah, 30, berkata, misteri kehilangan haiwan ternakan itu dikesan kira-kira 7 pagi, kelmarin ketika abangnya, Nor Hairukha, 41, pergi ke kandang untuk memberi makan kepada ternakan mereka.

Bagaimanapun, dia terkejut apabila mendapati bangkai kambing bergelimpangan di kandang berkenaan, manakala 69 kambing serta 60 lembu seolah-olah ketakutan.

“Abang segera memaklumkan kepada saya mengenai perkara itu sebelum memeriksa keadaan kawasan sekeliling. Saya lihat kandang terkopak serta terdapat kesan tapak kaki dipercayai harimau.

"Terdapat kesan gigit seperti taring di leher kambing dan ternakan lembu berada jauh dari kandang kambing," katanya.

Menurut Abdul Mujid, dia percaya haiwan itu lebih besar kerana mampu melarikan kambing berkenaan yang beratnya dianggarkan 28 hingga 30 kilogram.

"Bayangkan seekor kambing berat 28 kilogram. Ini bermakna, harimau ataupun binatang itu lebih besar serta mampu melarikan kambing berkenaan. Malah, kita juga percaya haiwan itu lebih dari seekor.

"Ini adalah kejadian kali pertama sejak kami menceburi bidang ternakan kambing pada 1989. Legasi ini diteruskan saya dan adik-beradik lain selepas kedua ibu bapa kami uzur dan tidak mampu meneruskan perusahaan ini," katanya yang telah membuat
laporan di Balai Polis Kuala Pilah, kira-kira11 pagi kelmarin.


Penduduk kampung bimbang

Sementara itu, katanya, keadaan itu juga mencetuskan kebimbangan di kalangan penduduk kerana risau dengan keselamatan mereka.

"Sebelum ini, memang ada ternakan hilang ketika meragut rumput, namun belum pernah berlaku seperti ini, sehingga menyerang ternakan di dalam kandang. Ia seolah-olah memberi amaran kepada penternak serta penduduk agar lebih berhati-hati ketika masuk ke dalam hutan untuk menoreh getah.

"Bersebelahan dengan ladang pokok getah terdapat hutan yang telah diterokai. Jadi, apabila hutan itu dibersihkan, haiwan itu mungkin mencari tempat berlindung dan dipercayai berada kawasan ladang getah.

“Saya bimbang sekiranya haiwan itu bertindak luar jangkaan dan saya berharap pihak berkenaan segera menyelesaikan masalah ini," katanya yang kerugian RM7,000 dalam kejadian itu.


Perhilitan pasang perangkap

Sementara itu, ibunya, Nor Asiah Yunus, 61, berkata, dia terdengar suara kambing mengembek sekitar jam 4 pagi, namun tidak menyangka perkara buruk berlaku.

"Makcik memang ada terdengar bunyi bising dari arah kandang kambing.

Makcik bangun dan menjengah ke luar menerusi tingkap namun tidak nampak apa-apa yang mencurigakan.

“Tidak sangka pula perkara ini berlaku dan makcik berharap sangat agar haiwan itu segera ditangkap kerana bimbang keselamatan kami," katanya.

Sementara itu, wakil Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Jempol, Johari Saridi memberitahu, tapak kaki yang ditemui itu dipercayai tapak kaki harimau kumbang dan pihaknya akan memasang perangkap untuk memerangkap haiwan berkenaan.

“Ia dipercayai seekor harimau kumbang berdasarkan ukuran dan bentuk tapak iaitu lebar 88 milimeter dan 75 milimeter panjang. Malah, terdapat kesan gigitan dengan jarak antara taring seluas 45 milimeter kerana dipercayai harimau kumbang memiliki taring lebih besar dari seekor anjing.

“Kita akan memasang sebuah perangkap dengan umpan seekor kambing untuk menarik perhatian haiwan itu untuk memasuki perangkap.

Kita akan cuba jejak bangkai kambing yang telah dilarikan, jika tidak menjumpai, kita akan pasang perangkap ini sekitar kawasan kandang kambing.

“Kita percaya, habitat ini akan datang semula kerana sudah berjaya mengesan lubuk makanannya,” katanya.
Quote ell768 2-10-2013 09:00 AM
kambing jugak menjadi mangsa...
Quote missyqaldina 2-10-2013 09:03 AM
alahai siannye abg beng..
Quote gaara_X 2-10-2013 09:17 AM
lepas kenduri kwain diracun....kang kambing pun diracun....ahaks!!
Quote zorrro_03 2-10-2013 09:18 AM
Kambing nya tuan tanah.   
Quote nordiana87 2-10-2013 09:25 AM
semoga pembunuh dibawa kemuka pengadilan...
Quote the_killer 2-10-2013 09:26 AM
nordiana87 posted on 2-10-2013 09:25 AM
semoga pembunuh dibawa kemuka pengadilan...

Tak sangka puan komen di tread saya ni

Lihat semua komen(83)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 10:21 PM GMT+8 , Processed in 0.058392 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top