CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Gara-Gara Tak Balik Rumah 2 Hari, Suami Maut Ditikam Isteri Yang Cemburu

15-10-2017 07:51 PM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 15159| Komen: 172

Description: Kelmarin, satu kejadian membunuh berlaku di Taman Pertama Indah, Muar yang membabitkan sepasang suami isteri berusia muda akibat syak wasangka terhadap suami yang tidak pulang ke rumah selama 2 hari.

sumber : http://kualalumpurpost.net/


Kelmarin, satu kes pembunuhan berlaku di Taman Pertama Indah, Muar yang membabitkan sepasang suami isteri berusia muda akibat syak wasangka dan perasaan cemburu terhadap suami yang tidak pulang ke rumah selama 2 hari. 

Suspek yang berusia 17 tahun bertindak menikam suaminya berusia 28 tahun di bahagian dada dengan sebilah pisau pemotong sayur berukuran kira-kira 21 sentimeter di kediamannya. 

Memetik laporan Bernama, Ketua Polis Daerah Muar ACP Zaharudin Rasip berkata pembunuhan berlaku kira-kira pada pukul 2 petang setelah kedua-dua mereka dipercayai bertelingkah dan berlaku sedikit pergelutan.

“Ketika polis tiba, mayat mangsa terlentang di ruang tamu rumah berkenaan dan suspek yang turut berada di lokasi telah ditahan serta kita turut merampas pisau tersebut,” 


Menurut Zaharudin mangsa bekerja sebagai pembantu kedai menjual ayam di Pasar Maharani manakala suspek tidak bekerja namun ada membantu suaminya di pasar berkenaan.

“Kedua-dua mereka baharu mendirikan rumah tangga kira-kira 5 bulan lepas dan menetap di Parit Bunga,Tangkak,” katanya.

Beliau berkata polis masih meneruskan siasatan lanjut berhubung kejadian itu termasuk motif kejadian, namun tidak menolak kemungkinan berpunca daripada faktor cemburu.

Katanya kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh, manakala suspek diperintah reman selama 6 hari bermula hari ini.

Zaharudin berkata, ujian air kencing terhadap suspek juga negatif dadah dan suspek tidak memiliki rekod jenayah lampau. - CARI
12

Bagus
13

Marah
11

Terkejut
9

Sedih
4

Lawak
9

Bosan

Friends Rank (58 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote BlackCarnival 15-10-2017 03:05 AM
Mak ai...bunuh terus? ape ke ganas gile si bini? Dr berhari2 xbalik, trus xkn balik dah..
Quote Andyscenes 15-10-2017 03:08 AM
Gila, laki pun salah gak. Hidup berbini bgtau la bini kau g mana. Si bini ni gila betul
Quote lasagnaklcc 15-10-2017 03:20 AM
Ntah2 kena tikam dgn pisau potong ayam jgk.
Quote DARSITA 15-10-2017 04:36 AM
Kalau bini sewel mcm ni laki mana yang berani balik rumah? dok lah hang dlm penjara sok sok kalau ada anak (dah hamil), anak tanya mana ayah .. ayah mati mak bunuh !
Quote b_n_c 15-10-2017 04:46 AM
kdg2 pmpuan jadi ganas,hauk dan kejam berpunca dr perangai jantan tu sendiri...

org laki yg jnis ego tinggi ni suka hati je dia nk bt apa2 bajet "im the king"
Quote b_n_c 15-10-2017 04:46 AM
tu la makan dia
Quote faraway1 15-10-2017 05:22 AM
tak tahu nak simpati mana satu..
Quote pearl.silver 15-10-2017 07:21 AM
Mesti ada benda lain sekali yg trigger marah bini tu..klu org normal takkan tiba2 je nk tetak laki nye
Ada org hantar gambar laki ngn pompuan lain ke..oh drama akasia sgt sis
Quote epis 15-10-2017 07:24 AM
Innalillah... laki pon bgtau la bini tu klu ke mne2.. tapi bini dasyat tul smpai nk membunuh huhu.. apa pun kita tak tau citer disebaliknya..
Quote miznora 15-10-2017 07:44 AM
muda lagi bininya 18 tahun. gaduh terus tikam sampai mati. scarynyaaa.. ganas sangat ko dik. mana ko belajar ni main tikam2. kot iye pon gaduh.. guna mulut je la
Quote sapp73 15-10-2017 07:45 AM
Baru kahwin 6 bln. Isterinya pun muda sgt lagi
Quote JunkMail 15-10-2017 07:50 AM
Ganas benor bininya gaduh sampai berparang pisau bagai. Kalau aku pun taknak balik umah. Ni mesti gaduh baling2 pinggan mangkuk
Quote precious_chicas 15-10-2017 08:04 AM
Edited by precious_chicas at 15-10-2017 08:05 AM

Mmg patut pun laki tanak balik umah, bini gile macam apa rupanya. Sakit2 hati benci2 dgn laki pun takdenya ppn normal sampai nak bunuh2 suami. I saspek bini dia tu pembunuh upahan. Tadak rasa apa2 ke bila angkat benda tajam hala kat orang?

Speku; family yg aturkan perkahwinan ke?
Quote sixret 15-10-2017 08:05 AM
Edited by sixret at 15-10-2017 06:23 PM
b_n_c replied at 15-10-2017 04:46 AM
kdg2 pmpuan jadi ganas,hauk dan kejam berpunca dr perangai jantan tu sendiri...

org laki yg jnis  ...

Kan.

Setakat marah, gaduh tu semua pasangan suami isteri ada. Tapi ni dah melibatkan kematian, kakak bermakna something wrong dengan perempuan tu. Bayangkan anak lelaki akak dibunuh isterinya. Just imagine.

Sepanjang hidup, saya pernah jumpa juga setakat ni dua orang perempuan yang memang cenderung ke arah keganasan.

Saya pernah bekerja di beberapa buah tempat, dikelilingi kawan2 perempuan sekolah rendah, menengah dan uni, rakan sekerja, jiran tetangga, saudara mara perempuan. Majoriti perempuan memang baik2 as being normal. Having fun. Gaduh sikit2 antara suami isteri tu perkara biasa. Then minta maaf and so on. Kebanyakan perempuan normal yang sabar banyak2 dulu. Baru meletop(bagi yang nak meletop la).

Tapi dua perempuan ni memang perangai luar biasa. Mereka kurang guna akal tapi lebih cenderung bertindak nafsu amarah.


Saya suspek(mungkin saya salah), perempuan dalam berita ni set2 perempuan panas baran ditambah iman kurang dan kurang guna akal. Maka, pergaduhan suami isteri  yang sering terjadi dalam pasangan suami isteri especially yg baru berkahwin bertukar tragedi. Perempuan ni terpaksa berhadapan dengan perbicaraan. Kalau disabit, boleh dihukum mati secara mandatori. Contoh terbaik akibat tak fikir panjang.

Tragedi yang boleh dielakkan kalau guna akal banyak dan sabar lebih. Ingat Allah sungguh2.


Quote CikHaanii 15-10-2017 08:09 AM
Bruntalnya bini dia. Mgkn marah sangat tp kenapa sampai membunuh
Quote raradhia 15-10-2017 08:11 AM
x laa aku nak menggadaikan nyawa masuk penjara gegara seorg llaki/suami cerai ja la, cari lain. . kah kah kah kah
Quote prettyuglybabe 15-10-2017 08:14 AM
contoh orang yang tak layak kawin tapi gatal nak kawin..
Quote mommymonster82 15-10-2017 08:17 AM
Sampai bertikam2 nauzubillah..

Ada baca wartawan tanya family arwah.
Mak dia kata arwah pernah ngadu pasal isteri.
mak dia kata sabarlah dah kahwin dengan isteri umur 17 tahun.
Kena banyak sabar.

last2 arwah anaknya..

Quote putehkundor 15-10-2017 08:38 AM
Ngongkek dgn betina lain la kot...

Lihat semua komen(172)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-5-2024 10:14 PM GMT+8 , Processed in 0.404916 second(s), 64 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top