Ada orang kata perempuan makhluk paling kompleks dalam hidup. Angin selalu berubah-ubah, suka membebel, bahkan nak makan di kedai mana pun boleh menjadi isu! Pun begitu, sebenarnya ada satu lagi makhluk yang lebih kompleks daripada seorang wanita. Tak lain tak bukan, makhluk itu bernama lelaki.
Kenapa Lelaki Selalu Diam Bila Ada Masalah? Jawapannya, sebab lelaki ada ego yang tinggi! Sifat ego yang tinggi pada lelaki menjadikan diri mereka amat sukar untuk meluahkan perasaan dan berkongsi masalah dengan orang lain. Hatta dengan isteri mereka sendiri. Seboleh-bolehnya, bila ada masalah lelaki akan cuba sedaya upaya menyelesaikan masalah tersebut sendiri. Bahkan, dia akan berasa cukup puas sekiranya dapat menyelesaikan masalah tersebut tanpa bantuan orang lain. Rasa macam hero!
Sebab itu bila lelaki ada masalah, mereka cenderung untuk berdiam. Dalam diam, lelaki akan berfikir mencari solusi dan mengatur langkah untuk menyelesaikan sebarang masalah. Bila Lelaki Buntu Sekiranya gagal menyelesaikan masalah tersebut sendiri, kaum lelaki akan perlahan-lahan merendahkan ego untuk mendapatkan bantuan daripada orang lain. Kalau nak berkongsi masalah, dia akan mencari kawan yang betul-betul dipercayai dan boleh membantunya mencari jalan keluar untuk menyelesaikan masalah dihadapi. Berbeza dengan wanita, lelaki berkongsi masalah bukan semata-mata untuk meluahkan perasaan dan melegakan emosi. Bahkan, apa yang lebih penting bagi lelaki adalah mereka mendapat solusi kepada masalah yang sedang difikirkan. Jadi, berilah peluang kepada suami anda keluar minum di luar dengan kawan-kawan terutama bila dia ada masalah. Dia keluar bukan untuk berfoya-foya, tapi untuk mengurangkan kekusutan dalam hati. Sekiranya suami anda berkongsi masalah dengan anda, selain memberikan sokongan emosi, cuba fahamkan betul-betul masalah mereka dan berikan cadangan solusi kepada masalah tersebut. Barulah ada ciri-ciri isteri mithali. Cara Nak Memotivasikan Suami Sifat ego yang ada dalam diri lelaki menjadikan diri mereka lebih dihargai apabila kehadiran mereka diperlukan dan mereka berasa seakan-akan memimpin dan berkuasa. Bahkan, memang tanggungjawab mereka sebagai pemimpin keluarga untuk memberikan yang terbaik buat anak dan isteri. Oleh itu, selain daripada mengucapkan "I love you", ucapkan juga "Bersyukur saya ada suami macam abang, kalau tak ada abang, saya tak tahulah apa yang akan berlaku dengan hidup saya." Bila suami merasakan dia sangat dihargai dan diperlukan, sudah pasti mereka sudi memberi yang lebih baik kepada isteri dan anak-anak tersayang. Mudah saja sebenarnya nak faham hati lelaki ni! - CARI
|
saviour_09 replied at 17-7-2019 12:01 PM
banyak benda nak pikir sis
ingat senang nak jaga anak bini?
bukan nak pikir betina semata2
kroit92 replied at 17-7-2019 01:27 PM
aku pun selalu termenungorang ingat ada masalah
padahal aku termenung, diam selalu, simple je
saviour_09 replied at 17-7-2019 02:16 PM
kan?tapi biasa nya kalo lapo ni lain sikit menung dia
pakej dgn mood rimau sekali
slack sikit j ...
ADVERTISEMENT