CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Rupanya Kajian Ini Buktikan Kenapa Lelaki Tidak Boleh Pakai Emas..

15-7-2019 11:10 AM| Diterbitkan: FatinNazu| Dilihat: 5646| Komen: 22|Original author: Oleh: fnz

Description: Tentu kita pernah mendengar bahawa Islam melarang kaum lelaki memakai emas. Selain itu, benda lain yang bercampur dengan emas yang kadarnya kalau kita bawa ke tukang emas dia akan dapat memisahkan ant ...


Tentu kita pernah mendengar bahawa Islam melarang kaum lelaki memakai emas. Selain itu, benda lain yang bercampur dengan emas yang kadarnya kalau kita bawa ke tukang emas dia akan dapat memisahkan antara emas dan campuran logam lainnya. Maka, hukumnya tetap juga haram.

 

Mungkin ada di antara kita tertanya-tanya kenapa Islam melarang pemakaian emas terhadap kaum lelaki,  padahal ianya bukan barangan yang haram.

 

Kalau haram tentu wanita juga dilarang memakai emas. Ternyata bukan kerana takut kaum wanita disaingi tetapi kerana ada alasan lain yang baru ditemui yang dibuktikan pada abad ke-20 ini.

 

Berikut Hadisnya :

 

Nabi Sallallahu 'alaihi wa sallam telah melarang kaum lelaki memakai cincin emas [Al-Bukhari dan Muslim] masing-masing dari Al-Bara' bin Azib Radhiyallahu 'anhu, bahwa ketika Nabi Sallallahu 'alaihi wa sallam melihat seorang laki-laki memakai cincin emas di tangannya, maka beliau memintanya supaya membuka cincinnya, kemudian melemparkannya ke tanah. Hadis ini diriwayatkan oleh Imam Al Bukhari dan Muslim.

 

Ternyata pada abad ke 20, para ahli fizik telah menyelidik hal ini dan kemudian menyimpulkan bahawa atom pada emas mampu "menembus" ke dalam kulit dan masuk ke dalam darah manusia, dan jika kaum lelaki mengenakan emas dalam jumlah tertentu dan dalam jangka waktu yang lama, maka,  didapati penemuan di dalam darah dan urin akan mengandungi atom emas dalam kadar yang melebihi batas (dikenal dengan istilah migrasi emas).

 

Dan apabila ini terjadi dalam jangka masa yang lama, maka akan mengakibatkan penyakit Alzheimer.

 

Sebab jika tidak dibuang, maka dalam jangka waktu yang lama atom emas dalam darah ini akan sampai ke otak dan menyebabkan penyakit Alzheimer.

 

Alzheimer adalah suatu penyakit di mana seseorang itu kehilangan semua kemampuan mental dan fizikal serta menyebabkan kembali seperti kanak-kanak.

 

Alzheimer bukan penuaan normal, tetapi merupakan penuaan paksaan atau terpaksa. Antara individu yang terkena penyakit Alzheimer adalah Charles Bronson, Ralph Ealdo Emerson dan Sugar Ray Robinson.

 

Dan mengapa Islam membolehkan wanita untuk mengenakan emas ?

 

"Wanita tidak menderita masalah ini kerana setiap bulan, partikel berbahaya tersebut keluar dari tubuh wanita melalui menstruasi."

 

Itulah sebabnya Islam mengharamkan kaum lelaki memakai emas dan membolehkan wanita memakai perhiasan emas.


 

Inilah alasan agama Islam melarang kaum lelaki memakai emas, ternyata hal ini telah diketahui Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam 1400 tahun silam. Padahal baginda tidak pernah belajar ilmu fizik.

 

Allahuakbar. SUBHAANALLAH. Semoga dengan maklumat ini kita khususnya sebagai seorang Muslim dapat mengambil hikmah dari larangan ini dan diteguhkan iman kita agar tetap taat menjalankan Perintah Allah dan menjauhi laranganNya melalui Al-Qur'an dan Hadis Rasulullah S.A.W.

 

CATATAN :

Untuk wanita yang sudah manopaus sebaiknya ketika tidur malam perhiasan emas jangan dipakai. Semoga bermanfaat. - CARI 

3

Bagus
2

Marah
2

Terkejut
2

Sedih
2

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (13 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sharlenetexas 15-7-2019 11:53 AM
Selalunya aluminium yg dikaitkan dengan Alzheimer.
Quote Artemesiaa 15-7-2019 12:43 PM
Menarik  infonya
Quote chinta89 15-7-2019 01:45 PM
ya, dh lama tau.

tp nt ada yg kata ala yg x pakai emas pun blh kena alzheimer..
Quote felinecat 15-7-2019 01:49 PM
org dlu pkai emas suasa,padahal yg tu pon ade campuran emas. silvet pon xboleh kan?
Quote Asdan 15-7-2019 02:18 PM

ada tak kajian kenapa lelaki tak boleh pakai baju kuning, ada hadis sahih muslim larang,
'Ali b. Abu Talib reported that Allah's Messenger (ﷺ) forbade wearing of silk and yellow clothes, and the gold ring, and the reciting of the Qur'an in the ruku' (state of kneeling in prayer).
https://sunnah.com/muslim/37/52

Quote saviour_09 15-7-2019 02:44 PM
Asdan replied at 15-7-2019 02:18 PM
ada tak kajian kenapa lelaki tak boleh pakai baju kuning, ada hadis sahih muslim larang,

1st time tau

seriously?
Quote Boomibulat 15-7-2019 02:46 PM
Asdan replied at 15-7-2019 02:18 PM
ada tak kajian kenapa lelaki tak boleh pakai baju kuning, ada hadis sahih muslim larang,

X pnh dgr pn..
Quote minahmanja 15-7-2019 03:49 PM
kalau u all perasan, brg kemas yg lelaki pakai, mesti kaler nye  a bit pudar dr brg kemas yg pompuan pakai..
Quote MsKoreanfanatic 15-7-2019 04:36 PM
setau I warna oren lelaki tk bole/tk digalakkan pakai.. terbaca masa tgh gogel2 on9
Quote Beribear 15-7-2019 05:28 PM
Tak thu la pula pasal warna.. Tp sebelum ni lelali mmg di larang pakai emas dan sutera je. Hadis sahih ke tu? Mcm ni lah.. Yg iolss tahu nabi hanya meninggalkan dua perkara je utk kita ikuti iaitu alQuran dan sunnah baginda sahaja. Sunnah baginda tu ialah apa yg nabi buat dlm kehidupannya seharian sehingga beliau wafat. Makna kata dari bangkitnya baginda drpd tidur sehingga baginda nak tidur semula, amalan2 yg itulah yg patut kita follow.
Saya bukan tak percaya hadis.. Tetapi hadis ni perlulah seseorg yg berilmu tinggi yg dpt menafsirkan bahawa hadis itu benar atau palsu. Jd saya percaya, tak ramai yg belajar hadis kan. Lg satu, hadis ini ialah kata2 manusia. Jika seorg manusia itu menyampaikan kpd seorg yg lain, mestilah ada org yg tambah, ubah atau kurangkan maklumat yg di peroleh. Yg hanya kekal adalah AlQuran h sunnah baginda sahaja sehingga akhirnya.. Sunnah baginda lah yg banyak kita lihat kesamaannya walau dimana pon kita pergi. Contohnya Solat
Quote GigaMom 15-7-2019 07:49 PM
chinta89: ya, dh lama tau.tp nt ada yg kata ala yg x pakai emas pun blh kena alzheimer..


Tny sikit
Utk wanita monopous ni camna
Ai baru hadiahkan perhiasan emas pd mak
Mesti dia x buka sblm tdr
X nak lah itu punca pyakit alzhemier pula.kang menyesal seumur hdup ai nnti
Quote RatuDunia94 15-7-2019 08:04 PM
Abis sajat camne?
Quote Puremelda 15-7-2019 09:58 PM
Best Research Paper Writing Service
Find a company that offer urgent essay writing service that guarantees you research competence. A company that provides you with only custom research papers with exemplary research abilities, and also endow them with an assortment of research facilities.
https://researchpapers247.com/
Quote a4_paper 16-7-2019 12:02 AM
Beribear replied at 15-7-2019 05:28 PM
Tak thu la pula pasal warna.. Tp sebelum ni lelali mmg di larang pakai emas dan sutera je. Hadis sah ...

Jap nk tya, dari mana dapat sunnah tu ?
Quote axl_bach 16-7-2019 12:53 AM
Typical bucailism, kalau nk kaitkan isu agama dgn sains mesti akan letak hasil kajian saintis/ahli fizik secara umum....kenapa xleh mention siapa nama saintis/kumpulan penyelidik berkaitan secara spesifik?

Totally bullshit punya artikel.....
Quote noell 16-7-2019 09:57 AM
axl_bach replied at 16-7-2019 12:53 AM
Typical bucailism, kalau nk kaitkan isu agama dgn sains mesti akan letak hasil kajian saintis/ahli f ...

brapa kilo emas hg pakai doc??
Quote Beribear 16-7-2019 10:18 AM
a4_paper replied at 16-7-2019 12:02 AM
Jap nk tya, dari mana dapat sunnah tu ?

Iolss faham apa yg uolss nak ckp kan.. Sunnah tu drpd nabi dan di tiru oleh para sahabat. Begitu juga hadis dari para sahabat kan? Itu maksud uolss. Tp perbuatan lebih mudah di tiru berbanding dgn percakapan. Itulah maksud iolsss. Sbb nya mesti akan ada org yg menokok tambah atau mengurangkan sesuatu drpd percakapan yg akan di sampaikan tu.
Quote dewi 16-7-2019 12:36 PM

tu yg tak betul selalu tu agaknya
Quote dewi 16-7-2019 12:39 PM
dia sebut pakai emas je..

bih tu la ni semua pakat buh emas dlm makanan semua tu mcm ne?

Lihat semua komen(22)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

4-5-2024 02:44 PM GMT+8 , Processed in 0.057794 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top