CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Lelaki Tak Boleh Buat 10 Push-Up Berisiko Sakit Jantung

3-7-2019 11:03 AM| Diterbitkan: akubujang| Dilihat: 5398| Komen: 13|Original author: Oleh: HakirRahman

Description: Kebanyakan lelaki, waktu muda remaja atau sekitar 20-an dulu selalunya aktif bersukan dan menjaga kesihatan. Setakat 10 kali tekan tubi, apalah sangat kan?
Kebanyakan lelaki, waktu muda remaja atau sekitar 20-an dulu selalunya aktif bersukan dan menjaga kesihatan. Setakat 10 kali tekan tubi, apalah sangat kan?


Tapi, bila dah menginjak usia 30-an, kemudian 40-an dan 50-an, ramai yang mula bermalasan. Yalah, sebab sibuk bekerja, menjaga anak-anak dan isteri serta segala macam lagi benda nak dibuat. Manalah ada masa nak bersenam macam dulu lagi. 

Sebenarnya trend ini bahaya untuk kesihatan sebab macam-macam penyakit boleh datang. Kalau bukan penyakit 'tiga serangkai' atau stroke (angin ahmar) kita sangat berisiko terkena serangan jantung walaupun sebelum ini tidak pernah ada tanda sakit.


MAKAN TAK JAGA, BERSENAM TAK, MEMANG MUDAH KENA SAKIT JANTUNG
FOTO: FORTUNE

Jadi, penyelidik University Harvard menjalankan kajian mengenai cara mudah untuk mengesan risiko sakit jantung yang juga antara penyakit pembunuh utama lelaki. 

Jawapannya mudah, kalau gagal melakukan tekan tubi sekurang-kurangnya 10 kali, maksudnya risiko kena sakit jantung sangatlah tinggi. 

Bagi lelaki yang boleh melakukannya lebih 40 kali, risiko kena serangan jantung turun 97 peratus dalam tempoh 10 tahun. Maksudnya, dalam 10 tahun lagi, 97 peratus kemungkinan anda tidak akan kena sakit jantung kalau boleh buat senaman ini sekarang. Ada berani cuba? 

Penyelidik menggunakan senaman itu untuk mengukur risiko berkenaan sebab senaman jenis ini didapati sangat berkait rapat dengan kekuatan jantung berbanding berlari atau senaman lain. 

Ada logiknya juga sebab kalau sesiapa yang pernah melakukan tekan tubi pasti merasakan kesukarannya. Boleh putus nafas dibuatnya! 


BERSENAM TAK LA NAK JADI FIT MACAM LEE CHONG WEI
FOTO: SPORTS247

Jadi, bolehlah mula buat 'push up' sekarang dan tengok macam mana keadaan tubuh anda. Marilah sama-sama ubah gaya hidup kita. - CARI
2

Bagus
1

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (3 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mdhelmi 3-7-2019 11:12 AM
aku skrg max 60 kali je
tu pon muka dah merah2 menahan keletihan
Quote CiliPadiSedap 3-7-2019 11:27 AM
yg kat atas ni ckp push up 60 kali tu push up lutut je , komando push up guna kaki..  ( maaf terpaksa jujur)
Quote RatuDunia94 3-7-2019 11:41 AM
CiliPadiSedap: yg kat atas ni ckp push up 60 kali tu push up lutut je , komando push up guna kaki..  ( maaf terpaksa jujur)

{:freak

Push up guna lutut tu bukan pompuan punya ke?
Lelaki push guna lutut malu aihhh..
Quote Artemesiaa 3-7-2019 12:34 PM
Sebenarnya lagi meningkat usia lagi banyak badan harus digerakan untuk memastikan sentiasa sihat dan cergas.  Kalau asyik lemau je mana nak sihat dan bertenaga.
Quote Nham22 3-7-2019 12:40 PM
Umur 30an pon maleh aihhh
Quote kroit92 3-7-2019 04:16 PM
aku takleh push up, tapi teringin

tangan cacat, tak balance nak push up

serious aku jealous tengok orang push up.

aku squat je hari-hari. kaki je sihat. last2 montot aku pulak shape
Quote lily_downey 23-8-2019 09:34 PM
Lelaki melesia especially melayu masuk umo 30an ramai yg start boroi.Joging pon malas yamat apalagi push up.malam2 bantai teh tarik gelas besar tambahan roti banjir.
Quote morganalice9 3-6-2021 03:14 PM
damn, this research is so amazing and I had never heard about it. well, it is true that one's needs to be active in order to live long. If you just leave your body at rest then this can happen. Especially Top CIPD witer malaysia like me, we have to sit all day long, we don't have any activity left. that's why I make sure to do exercise daily otherwise this will happen to me too!
Quote emma_taylor 1-12-2021 12:57 AM
Edited by emma_taylor at 1-12-2021 01:00 AM

Great article. In the early 40's many of us didn't notice about our health premises and we continue to live with the same circumstances. But, we have to change our entire lifestyle including our eating habits & the choice of cuisines. If you're in your early 40's and want to select the meal according to your age, visit Karachi Restaurants and explore the best yet healthy cuisines for yourself to stay healthy!
Quote fazzrules 1-12-2021 09:15 AM
Den sehari wat 20x je larat..at least 40 ek..nak kono torai la ni pasni up 40 boleh ke tak..lagi 3 tahun nak masuk umur 40..risau gak ni..dah lah kuat isap rokok era den ni
Quote Zack8hunter 11-12-2021 11:48 PM
40 kali push up tu kene continously erk? kalau ada rehat2 skit time tgh2 tu aci tak? haha.. skrg ni stakat mampu straight 15 kali push up jer at one time.
Quote danggen 8-4-2023 10:52 PM
I have read your excellent post. This is a great job. I have enjoyed reading your post first time. I want to say thanks for this post. Thank you. <a href="https://policemukti.com/">카지노사이트</a>
Quote danggen 8-4-2023 10:53 PM
I ve recently been thinking the very same factor personally lately. Delighted to see a person on the same wavelength! Nice 카지노사이트 https://policemukti.com/

Lihat semua komen(13)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

3-5-2024 05:24 AM GMT+8 , Processed in 0.071004 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top