Pada masa ini, banyak perniagaan menggunakan khidmat ikon media sosial atau 'social media influencers' untuk melariskan produk atau perkhidmatan mereka melalui platform Facebook atau Instagram. Habuan yang diterima pula terdiri daripada wang tunai atau sekurang-kurangnya produk atau perkhidmatan percuma yang diberikan oleh usahawan. Namun, tidak semua ahli perniagaan yang kemaruk untuk mendapatkan khidmat ikon media sosial dan salah seorang daripadanya ialah penjual ais krim, Joe Nicchi dari Los Angeles, Caifornia, Amerika Syarikat.
Memetik laporan Mirror pada 4 Julai, pengusaha trak ais krim CVT Soft Serve yang berusia 38 tahun itu sudah bosan dengan permintaan ais krim percuma daripada individu-individu yang mendakwa mereka adalah ikon media sosial. Katanya, mereka berbuat demikian sebagai balasan untuk menyiarkan gambar ais krim coklat dan vanila CVT Soft Serve dalam laman Instagram atau Facebook masing-masing. "Saya sudah letih. Jadi saya membuat papan tanda yang menyatakan bahawa sesiapa yang mendakwa mereka ialah ikon media sosial akan dikenakan bayaran dua kali ganda daripada harga asal ais krim. "Saya melakukannya pada Ahad lalu (30 Jun), dan salah seorang daripada pelanggan saya menyiarkannya dalam Reddit dan ia diundi ke muka depan," jelasnya. Dia juga menganggap ikon media sosial tidak mempunyai pengaruh yang sebenar kerana sesiapa sahaja boleh membeli pengikut, komen dan tanda 'suka'. Joe yang berasal dari New York turut menganggap ikon media sosial sebagai sesuatu yang mengarut dan perbuatan mereka mendakwa mempunyai jumlah pengikut yang ramai hanya memalukan diri sendiri. Tidak semua usahawan memerlukan khidmat ikon media sosial dan pandangan Joe itu mungkin ada benarnya. - CARI |
'social media influencers'
Kurex: Ig aku ada 200 followers je weh
manehnya replied at 9-7-2019 04:43 PM
nengok mcm jenis suka makan free je gang2 ni,
dapat free sample, dpt invitation food tasting masa ...
Kurex replied at 9-7-2019 04:45 PM
Ig aku ada 200 followers je weh
CiliPadiSedap replied at 9-7-2019 05:40 PM
199 tu akaun sis vokuru
ADVERTISEMENT