View: 6041|Reply: 51
|
Penat Layan Kerenah Influencer, Penjual Ais Krim Minta Mereka Bayar 2 Kali Ganda
[Copy link]
|
|
Joe Nichi sudah penat melayan kerenah ikon media sosial yang meminta ais krim percuma sebagai balasan kepada publisiti yang diberikan oleh mereka. Kredit foto: Joe Nichi / SWNS & ABC News
Pada masa ini, banyak perniagaan menggunakan khidmat ikon media sosial atau 'social media influencers' untuk melariskan produk atau perkhidmatan mereka melalui platform Facebook atau Instagram.
Habuan yang diterima pula terdiri daripada wang tunai atau sekurang-kurangnya produk atau perkhidmatan percuma yang diberikan oleh usahawan.
Namun, tidak semua ahli perniagaan yang kemaruk untuk mendapatkan khidmat ikon media sosial dan salah seorang daripadanya ialah penjual ais krim, Joe Nicchi dari Los Angeles, Caifornia, Amerika Syarikat.
Memetik laporan Mirror pada 4 Julai, pengusaha trak ais krim CVT Soft Serve yang berusia 38 tahun itu sudah bosan dengan permintaan ais krim percuma daripada individu-individu yang mendakwa mereka adalah ikon media sosial.
Joe menyediakan ais krim yang dipesan oleh pelanggannya. Kredit foto: Joe Nichi / SWNS
Katanya, mereka berbuat demikian sebagai balasan untuk menyiarkan gambar ais krim coklat dan vanila CVT Soft Serve dalam laman Instagram atau Facebook masing-masing.
"Saya sudah letih. Jadi saya membuat papan tanda yang menyatakan bahawa sesiapa yang mendakwa mereka ialah ikon media sosial akan dikenakan bayaran dua kali ganda daripada harga asal ais krim.
"Saya melakukannya pada Ahad lalu (30 Jun), dan salah seorang daripada pelanggan saya menyiarkannya dalam Reddit dan ia diundi ke muka depan," jelasnya.
Benarkah pengaruh ikon media sosial berupaya melariskan produk atau perkhidmatan? Kredit foto: C & IT
Dia juga menganggap ikon media sosial tidak mempunyai pengaruh yang sebenar kerana sesiapa sahaja boleh membeli pengikut, komen dan tanda 'suka'.
Joe yang berasal dari New York turut menganggap ikon media sosial sebagai sesuatu yang mengarut dan perbuatan mereka mendakwa mempunyai jumlah pengikut yang ramai hanya memalukan diri sendiri.
Tidak semua usahawan memerlukan khidmat ikon media sosial dan pandangan Joe itu mungkin ada benarnya. - CARI |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
'social media influencers' nengok mcm jenis suka makan free je gang2 ni,
dapat free sample, dpt invitation food tasting masa bulan puasa, mmg best privelilage yg depa dapat, tp klu yg takat suam2 kuku tu sedih noks, takat promot kt kawan2 n family jerh...
|
|
|
|
|
|
|
|
Ig aku ada 200 followers je weh |
|
|
|
|
|
|
|
hahaha! bagus tu! influencer jadah apo..
tiap kali review caj, masuk instastory caj, masuk feed caj lain.. lepas 2-3 hari, padam posting kat feed..
|
|
|
|
|
|
|
|
Acah nak dapat makan free benda free je mereka ni kalau tak bagi gigih nak buruk2nya pula. Syabas buat peniaga ni buat tindakan bijak agar tak ada yang cuba ambil kesempatan. |
|
|
|
|
|
|
|
Hahaha I like.. Kalau ada kt Malaysia ni aku dh pegi dh beli aiskrim dia.. Buat mcm ni lg luas publicity dia dpt |
|
|
|
|
|
|
|
kalau instafames iklankan sesuatu produk tu..lagi la aku tak beli..sebab depa punya review bukan ikhlas pun..semua nya kena bayar |
|
|
|
|
|
|
|
ye..aku pun tak pernah percaya la kalau review by artis ke, sapa ke...sorry |
|
|
|
|
|
|
|
Kurex: Ig aku ada 200 followers je weh
Kira ok dah tu.. IG aku followers ada belas je...pending request ada ratus...malas nak approve.. Hahaha
|
|
|
|
|
|
|
|
lagi keji kalau dah dapat free sample pi jual balik kat followers
|
|
|
|
|
|
|
|
199 tu akaun sis vokuru
|
|
|
|
|
|
|
|
CiliPadiSedap replied at 9-7-2019 05:40 PM
199 tu akaun sis vokuru
bugis dum, follow vokuru, cukupkan followers vukuru genap 200 macam aku |
|
|
|
|
|
|
|
Instafamous ke influncer smue acah2 good je.. bosan |
|
|
|
|
|
|
|
tapi nape bila dah jual aiskrim ni nampak busuk kepam benor. anyway since aiskrim yang kau jual tuh nampak sedap, iols nak tahu kau punya aiskrim pulak adakah sedapp #pastisenak juaa?? open for order ke idokk |
|
|
|
|
|
|
|
Bagus. Ajar sama depa, asik nak free ajer |
|
|
|
|
|
|
|
Setuju aje.influencer ni amik kesempatan aje.semua nak free.pastu acah2 hidup ala2 rich and famous. |
|
|
|
|
|
|
|
betul tu, yg ssh cari duit si peniaga, senang2 (ikon socmed) kekonon wat promo. tolong lar bijak wahai malaysian, without this ppl, you can still go far melainkan ianya krim timbang kilo, then pilih jer artis or makcik2 kepam |
|
|
|
|
|
|
| |
|