CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

"Haiwan Makan Tuan" - Penjinak Harimau Akhirnya Mati Kerana Harimau

9-7-2019 11:23 AM| Diterbitkan: taniabecks92| Dilihat: 3424| Komen: 11|Original author: Oleh: Nia M

Description: Sehebat mana pun seorang jurulatih haiwan, ada masanya haiwan tetap mengganas dan akhirnya memakan tuannya. Ini bukan pertama kali kita mendengar kes haiwan liar menyerang jurulatihnya sendiri. Apakan ...
Sehebat mana pun seorang jurulatih haiwan, ada masanya haiwan tetap mengganas dan akhirnya memakan tuannya. Ini bukan pertama kali kita mendengar kes haiwan liar menyerang jurulatihnya sendiri. Apakan daya, sudah lumrah seekor karnivor.

Terkini, seorang penjinak harimau yang tersohor, Ettore Weber, 61 tahun, terkorban apabila diserang empat ekor harimau ketika sedang berlatih bagi pertunjukan sarkas di Itali.

Kredit foto: carian Google


Kejadian berlaku di Circo Orfei, salah sebuah sarkas yang terkenal di Itali. Pada waktu itu, Weber sedang melatih haiwan-haiwan itu apabila tiba-tiba seekor daripada mereka menerkam ke arah Weber, diikuti oleh tiga ekor harimau lain yang menyerbu ke arahnya.


Kredit foto: carian Google


Oleh yang demikian, Weber meninggal dunia di tempat kejadian. Harimau-harimau itu turut berlegar-legar dan bermain sekitar badan Weber selama setengah jam. Berikutan itu, pihak medik tidak dapat berbuat apa-apa untuk mengeluarkan Weber dari sangkar itu. 


Kredit foto: Nzherald

Weber disahkan mengalami kecederaan teruk pada tulang belakangnya. Kesemua harimau yang terlibat dengan pertunjukan sarkas itu dikurung oleh pihak polis. 

Kejadian ini menimbulkan protes dalam kalangan kesatuan kebajikan haiwan yang mendesak agar penggunaan haiwan di dalam pertunjukan sarkas diharamkan. Haiwan liar seharusnya dibiarkan tinggal di habitat asalnya untuk memenuhi keperluan asasnya. - CARI 
1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote tagas 9-7-2019 11:35 AM
tak bg mkn kenyang2 dulu ke seblum berlatih
Quote buapakperut 9-7-2019 11:40 AM
haiwan tak bunuh suka2, ada la tu sebabnya.
Quote Artemesiaa 9-7-2019 11:42 AM
Haiwan liar tetap ada sifat haiwan liar tak kira berapa lama pun dah dilatih.  Sebab tu ada baiknya berhenti dari melakukan pertunjukan haiwan liar macam ni.  Elok ia dilepas ke hutan atau letak dalam zoo je.
Quote CiliPadiSedap 9-7-2019 12:08 PM
Harimau mato tingglkan belang, manusia mati kena makan harimau
Quote LadyCarefree 9-7-2019 12:23 PM
Boikot la semua sarkis ntah ape aper je
Quote RatuDunia94 9-7-2019 12:26 PM
Manusia yg ada AKAL FIKIRAN pon boleh bunuh sesama manusia.. apatah lg BINATANG.
Quote ainashiqa 9-7-2019 12:45 PM
Dah namanya haiwan liar.. Bukan untuk dilatih kt sarkas..
Quote saviour_09 9-7-2019 01:10 PM
selama ni bila rimau tu buat silap, korang libas2 kan
dah mendapat la

bukan habitat dia di situ &  bukan utk hiburkan orang

to live by the rimau & to die by the rimau

gitu
Quote d_anne04 9-7-2019 01:15 PM
ada wujud lagi rupanya sarkis ni...ingatkan dah pupus
Quote Mfzg89 9-7-2019 02:44 PM
sejinak2 kucing pn bila marah dia cakor, ni kan pula rimau...
Quote NoraAnne 13-7-2019 03:16 AM
Mungkin harimau tu mmg dendam dengan pelatih tu. Mungkin harimai didera, pernah disiksa dipukul dalam proses latihan kan sebab tu ia memberontak. Last2 haiwan jugak yg dicop jahat.

Lihat semua komen(11)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

10-5-2024 10:39 AM GMT+8 , Processed in 0.216078 second(s), 39 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top