CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

"Lepas 7 Tahun Aku Besarkan..." - Lelaki Sedih Anak Angkat Diambil Semula Ibu Kandung

6-7-2019 09:42 AM| Diterbitkan: bawangkecik| Dilihat: 19150| Komen: 79|Original author: Oleh: intan

Anak adalah permata dan amanah dikurniakan Tuhan kepada ibu bapa. Anak juga boleh menjadi tiket untuk kita ke syurga, namun tidak semua boleh menyediakan kelengkapan mencukupi untuk anak sendiri. 

Kasih sayang saja tidak cukup, keperluan hidup juga perlu disediakan, maka apa lagi pilihan yang ada selain daripada menyerahkan kepada keluarga yang berkemampuan?

Maka, bagi mereka yang masih belum diberikan rezeki zuriat, memelihara anak angkat merupakan salah satu pilihan yang ada. Ianya juga merupakan satu amanah dan tanggungjawab yang perlu dipikul.

Bagi saudara Shaz Ariffin, menjaga seorang anak angkat sejak dari bayi lagi merupakan pengalaman indah dan sungguh bermakna. Namun, kebahagiaan itu tidak kekal lama kerana selepas tujuh tahun mencurah kasih, ibu kandung kepada kanak-kanak tersebut datang untuk menuntut haknya.

Perkongsian Shaz itu telah dikongsi di laman Facebooknya. Menurut beliau, dia telah menjaga Amanda Qaleesya sejak umurnya dua bulan. Ketika itu, ibu kandung si kecil tersebut datang memohon bantuan kerana tidak mampu menjaga anaknya yang masih kecil. 


Dan kini, ibunya mengambil keputusan untuk mengambil anaknya kembali setelah tujuh tahun berlalu.




Menangis sorang-sorang terkenangkan Amanda

Shaz ternyata tidak dapat menahan sebak kerana terpaksa memulangkan kembali anak angkat kesayangannya yang diberi nama Amanda itu. Amanda yang menjadi anak susuan keluarga itu juga sangat akrab dengan anak kandung mereka yang berumur dua tahun.




Ibunya lebih berhak...

Walaupun boleh sahaja rujuk perkara ini di mahkamah, namun atas dasar perikemanusiaan Shaz memilih untuk menyerahkan kembali Amanda kepada ibu kandungnya.




Perkongsian sedih Shaz telah menarik perhatian netizen yang rata-rata sedih dan terkesan dengan pemergian Amanda. Netizen juga sempat berpesan supaya jangan sesekali melupakan ibu dan bapa angkat apabila besar nanti. - CARI
2

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
5

Sedih
3

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (13 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • milanhawkin

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote makita 6-7-2019 09:45 AM
Dia bela gitu je ke tanpa daftar budak tu sbgai anak angkat?
Kalau xde...mmg boleh je mak dia nak amek.
Quote LadyCarefree 6-7-2019 09:50 AM
makita: Dia bela gitu je ke tanpa daftar budak tu sbgai anak angkat? Kalau xde...mmg boleh je mak dia nak amek.


Baca dulu sebelom komen nokz
Quote matchstick 6-7-2019 09:57 AM
Anak kandung dia baru umur 2 tahun. Anak angkat 7 tahun.. Kalau anak angkat minum susu bini dia masa umur 5 tahun dikira anak susuan jgk ke.. Bukan ada had umur ke nk jadi anak susuan
Quote rayriff 6-7-2019 09:58 AM
makita: Dia bela gitu je ke tanpa daftar budak tu sbgai anak angkat? Kalau xde...mmg boleh je mak dia nak amek.

ade sis, dah daftar kat jkm sebagai anak angkat..
Quote syidasaleh 6-7-2019 10:02 AM
matchstick replied at 6-7-2019 09:57 AM
Anak kandung dia baru umur 2 tahun. Anak angkat 7 tahun.. Kalau anak angkat minum susu bini dia masa ...

Nak tanya soalan sama jugak. Mcm ada had kan.
Quote Boomibulat 6-7-2019 10:11 AM
Takpe kak..blh buat lg.kakak pn muda lg
Quote matbad 6-7-2019 10:27 AM
matchstick: Anak kandung dia baru umur 2 tahun. Anak angkat 7 tahun.. Kalau anak angkat minum susu bini dia masa umur 5 tahun dikira anak susuan jgk ke.. Bukan ad ...

Ye nadeyyy kan kat sini ada bagitau yg dia ambk dri umur 2bulan..dey dey deyy
Quote matbad 6-7-2019 10:29 AM
matchstick: Anak kandung dia baru umur 2 tahun. Anak angkat 7 tahun.. Kalau anak angkat minum susu bini dia masa umur 5 tahun dikira anak susuan jgk ke.. Bukan ad ...

Tak prgnant pun bleh keluarkan susu..
Ada ubat khas utk keluarkan susu..
Mcm misha omar dan lain2 buat bila ambk anak angkat
Quote makita 6-7-2019 10:58 AM
rayriff replied at 6-7-2019 09:58 AM
ade sis, dah daftar kat jkm sebagai anak angkat..

Ok baik, terima kasih highlight . Meols baruperasan, jadi kalu da daftar as ank angkat...ibu kandung msih bole ambil semula ke. Sbb bdk tu dpt surat beranak baru dgn identiti baru...
Menakutkan kalu ibu kandung masih ada hak kalau gini.
Quote CiliPadiSedap 6-7-2019 11:09 AM
matchstick replied at 6-7-2019 09:57 AM
Anak kandung dia baru umur 2 tahun. Anak angkat 7 tahun.. Kalau anak angkat minum susu bini dia masa ...

tepuk amai2 belalang vokuru

Quote Sazida 6-7-2019 11:11 AM
Kalau aku g mmpos nk bg balik. Aku dh bela bertahun2 jg siang mlm basuh berak, dh besar ko nk ambik plak. Kirim slm nk bg.

Quote Nurul8001 6-7-2019 11:26 AM
makita replied at 6-7-2019 10:58 AM
Ok baik, terima kasih highlight . Meols baruperasan, jadi kalu da daftar as ank angkat...ibu kandu ...

Dia kata, kalo lawan kat mahkamah boleh menang. Tapi, dia tak mau atas dasar kemanusiaan. Mungkin fikir kesejahteraan anak angkat tu. Kalo kecik2 dah ada memori pergaduhan keluarga angkat dan keluarga kandung, tak bagus jugak.
Quote Ivysaur 6-7-2019 11:43 AM
Apapun doakan yang terbaik. Aku ada adik angkat jugak bela dari 7 hari. Adoi seksanya mak aku bela dia... semoga Allah permudahkan urusan keluarga ni
Quote makita 6-7-2019 12:06 PM
Nurul8001 replied at 6-7-2019 11:26 AM
Dia kata, kalo lawan kat mahkamah boleh menang. Tapi, dia tak mau atas dasar kemanusiaan. Mungkin  ...

Bagus ya pasangan ni, dia dahulukan kepentingan kebahagiaan ank angkat dia.
Mmg dia betul2 syg ni. Moga Allah murahkan rezeki utk pasangan ni.
Quote Kurex 6-7-2019 12:08 PM
Dulu ada orang nak bagi anak lelaki dia dekat family aku. Mak aku cakap nak buat perjanjian hitam putih, boleh bagi, tapi jangan ambik balik. Sebab masa dia kecik, mak kandung lepas tangan. Dah besar, terus nak ambik. Terus dia tak jadi bagi..
Ada orang lain yg ambik, dia kata kesian.. Padan muka kau, masa umur 7 tahun keluarga kandung dia ambik balik..meloponglah makcik pakcik tu sebab dah berabis duit besarkan budak tu.
Quote diss69 6-7-2019 01:17 PM
Dapat rasakan perasaan sedih ibu bapa angkat amanda..
Quote matchstick 6-7-2019 01:31 PM
Fly_over replied at 6-7-2019 01:00 PM
Dpt bdk tu dr 2bln. Pastu mkn la pil hormon tuk keluarkan susu ibu. Jd la ank susuan.

tapi dia kata budak tu minum susu bini dia masa bini dia beranakkan ryqal anak kandung dia tu..tu yg pelik dia kata anak susuan. kena paham hukum bukan boleh main sebat je budak dh besar dibagi minum susu badan terus ngaku anak susuan

Quote epis 6-7-2019 01:36 PM
matchstick replied at 6-7-2019 01:31 PM
tapi dia kata budak tu minum susu bini dia masa bini dia beranakkan ryqal anak kandung dia tu..tu  ...

Ya saya pon baca dan faham sebegini... anak angkatnya jadi anak susuan bila dah lahir anak kandung... lain la artikel tu x nyatakan pasal ini so blh la speku guna hormon susukan sejak amanda ni dua bulan lagi...
Quote Fly_over 6-7-2019 02:10 PM
Edited by Fly_over at 6-7-2019 02:11 PM
matchstick replied at 6-7-2019 01:31 PM
tapi dia kata budak tu minum susu bini dia masa bini dia beranakkan ryqal anak kandung dia tu..tu  ...


Oooo.. haah la.. meols terskip ayat susukan mse ryqarl lahir. Ank susuan smpi 2thn je xsilap.

Lihat semua komen(79)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 07:30 AM GMT+8 , Processed in 0.045732 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top