Tindakan lelaki menularkan kejadian helmet rakannya dicuri bukannya mendapat simpati, sebaliknya kecaman yang menimbun. Siapa yang tidak sakit hati apabila harta sendiri dicuri terutamanya topi keledar, kan? Namun, jika ia boleh diselesaikan dengan cara baik atau berdepan dengan si pelaku, kenapa perlu ditularkan di media sosial untuk 'memburu' pemilik motosikal terbabit?
Berdasarkan perkongsian Nizam Ayie, kejadian dipercayai berlaku di kawasan Shah Alam, manakala pencuri itu didakwa merupakan penuntut UiTm di situ dan tinggal di iSoho. Bagaimanapun, helmet itu sudah dicangkuk pada tempat duduk motosikal berkenaan. Memanglah helmet murah, tapi siapa tidak bengang apabila melihat jenis motor si pencuri itu. Bukan motor cabuk, ya. Berikutan itu, dia meninggalkan sekeping 'nota cinta' buat si pencuri.
Namun, Nizam kemudian diserang warganet yang menyifatkan dia seorang penakut kerana tidak berani berdepan dengan pencuri itu dan dalam masa sama memilih untuk 'meraih publisiti'. Pun begitu, salah seorang rakan Nizam tampil menjelaskan situasi sebenar ketika kejadian. Katanya, ada sebab mengapa mereka tidak berdepan pencuri terbabit. Siapa yang salah ni? Orang yang tidak menceritakan kejadian secara menyeluruh atau warganet yang malas mencari info tambahan di ruangan komen? - CARI
|
Kurex replied at 4-7-2019 05:54 PM
Perlu ke nak ambik cerita dari budak twitter? Otak tak berkembang ke reputs?
ADVERTISEMENT