CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Dibunuh Kembar Kerana Berebut Teman Lelaki

2-7-2019 02:52 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 7084| Komen: 34

Berebut teman lelaki dipercayai menjadi punca adik-beradik kembar berbalah hingga salah seorang daripadanya maut ditikam.

Lapor New York Times, Anna dan Amanda Ramirez dikatakan bertengkar pada Sabtu di rumah mereka di Camden, New Jersey, Amerika Syarikat.



Amanda Ramirez (kiri), Anna Ramirez (kanan)

Difahamkan, pertengkaran berlanjutan hinggalah Amanda mengambil sebilah pisau dan menikam Anna.

Bagaimanapun, adik mereka, Medina, 19, menafikan tragedi itu berpunca akibat berebut teman lelaki.

Katanya, pasangan kembar itu tidak mungkin bergaduh akibat konflik percintaan.


Anna Ramirez (kiri), Amanda Ramierz (kanan)


Menurut polis, Amanda menukar pengakuannya sebanyak tiga kali sebelum mengaku membunuh Anna ketika bertengkar di luar pangsapuri Centennial Village.

Namun, Medina percaya Amanda dipaksa membuat pengakuan itu.

"Dia terus menangis dan mengatakan tidak ingat apa yang berlaku pada hari kejadian.

"Apa yang dia ingat adalah melihat Anna sudah terbaring berlumuran darah," ujarnya mengulas mengenai perbualannya dengan Amanda ketika melawatnya di penjara baru-baru ini. 


Amanda Ramirez (kiri), Anna Ramirez (kanan)
Foto: New York Post

Difahamkan, Anna memiliki tiga anak perempuan dan salah seorang daripadanya memaafkan Amanda secara terbuka selain bersimpati dengan nasib ibu saudara mereka itu. - CARI
1

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
2

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (7 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote paz 2-7-2019 02:59 PM
Cantik mereka.
Quote seri_mawr 2-7-2019 02:59 PM
mana satu anna..?

yang kurus n cantik sikit tu ke..?(baju hitam ke..)
Quote Beribear 2-7-2019 03:05 PM
Sayangnya.. Mcm kisah habil dan qabil pulak ye
Quote prettyuglybabe 2-7-2019 03:11 PM
masa kecik comel.. dah besar kurang sikit..
Quote buapakperut 2-7-2019 03:28 PM
cantik .. yg mana bunuh? gemuk ke kurus sikit tu?banyak lagi jantan lain ko selfish sgt nk bunuh2 , sekarang hapa pun tak dapat
Quote groundfloor 2-7-2019 03:30 PM
Kalaulah betul berebut lelaki.....dua2 melepas...lelaki jua yg aman2 hidup cari bunga lain....
Quote Atata 2-7-2019 03:30 PM
seri_mawr replied at 2-7-2019 02:59 PM
mana satu anna..?

yang kurus n cantik sikit tu ke..?(baju hitam ke..)

Anna yg kurus
Quote Atata 2-7-2019 03:31 PM
buapakperut replied at 2-7-2019 03:28 PM
cantik .. yg mana bunuh? gemuk ke kurus sikit tu?banyak lagi jantan lain ko selfish sgt nk bunuh2 ,  ...

Yg gemok bunuh yg kurus sket. Bahaya jgk eh, twin yg close pun boleh bunuh membunuh.
Quote buapakperut 2-7-2019 03:35 PM
Atata replied at 2-7-2019 07:31 AM
Yg gemok bunuh yg kurus sket. Bahaya jgk eh, twin yg close pun boleh bunuh membunuh.

mac cerita tamil penah tengok,kembar lelaki berebut pempuan. yang kembar jahat tu pekak dan bisu. citer hindustan pun buat sama,tapi kembar pempuan berebut lelaki plak,yang jahat tu pekak bisu juga. mungkin sikembar dalam news ni penah tengok movie tu kot
Quote Foxey 2-7-2019 03:37 PM
Totally not worth it membunuh sebab berebut lelaki. Adik-beradik lak tu
Quote Boomibulat 2-7-2019 03:42 PM
Msti yg gemuk bunuh yg kurus kan
Quote seri_mawr 2-7-2019 03:46 PM
Atata replied at 2-7-2019 03:31 PM
Yg gemok bunuh yg kurus sket. Bahaya jgk eh, twin yg close pun boleh bunuh membunuh.

ohh. tadi aku baca xde nma lagi kat tepi gambar tu...huhu...

tapi dha agak yg cantik /kurus tu yang kena bunuh....

Quote cikatilia 2-7-2019 03:59 PM
Atata replied at 2-7-2019 03:31 PM
Yg gemok bunuh yg kurus sket. Bahaya jgk eh, twin yg close pun boleh bunuh membunuh.

kesian kan
sesama kembar pon jeles sampai mcm tu

Quote RatuDunia94 2-7-2019 04:03 PM
Deols x pernah dgr 3some ke???
Quote RatuDunia94 2-7-2019 04:03 PM
Deols x pernah dgr 3some ke???
Quote duri_durians 2-7-2019 04:05 PM
RatuDunia94 replied at 2-7-2019 04:03 PM
Deols x pernah dgr 3some ke???



pikiran hang di luar gelanggang betul
Quote annabellaruz2 2-7-2019 04:21 PM
RatuDunia94 replied at 2-7-2019 05:03 PM
Deols x pernah dgr 3some ke???

hahahaha.... dasyat hang punya fikiran diluar kotak nooo??.

Quote jazaa100 2-7-2019 04:25 PM
Klu kat msia, ckp je ada bisikan suruh bunuh....
Quote jazaa100 2-7-2019 04:29 PM
Edited by jazaa100 at 2-7-2019 04:30 PM
groundfloor replied at 2-7-2019 03:30 PM
Kalaulah betul berebut lelaki.....dua2 melepas...lelaki jua yg aman2 hidup cari bunga lain....


Kannn.....tak berbaloi pun


Lihat semua komen(34)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 01:00 AM GMT+8 , Processed in 0.101798 second(s), 52 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top