Berebut teman lelaki dipercayai menjadi punca adik-beradik kembar berbalah hingga salah seorang daripadanya maut ditikam.
Lapor New York Times, Anna dan Amanda Ramirez dikatakan bertengkar pada Sabtu di rumah mereka di Camden, New Jersey, Amerika Syarikat.
Amanda Ramirez (kiri), Anna Ramirez (kanan)
Difahamkan, pertengkaran berlanjutan hinggalah Amanda mengambil sebilah pisau dan menikam Anna.
Bagaimanapun, adik mereka, Medina, 19, menafikan tragedi itu berpunca akibat berebut teman lelaki.
Katanya, pasangan kembar itu tidak mungkin bergaduh akibat konflik percintaan.
Anna Ramirez (kiri), Amanda Ramierz (kanan)
Menurut polis, Amanda menukar pengakuannya sebanyak tiga kali sebelum mengaku membunuh Anna ketika bertengkar di luar pangsapuri Centennial Village.
Namun, Medina percaya Amanda dipaksa membuat pengakuan itu.
"Dia terus menangis dan mengatakan tidak ingat apa yang berlaku pada hari kejadian.
"Apa yang dia ingat adalah melihat Anna sudah terbaring berlumuran darah," ujarnya mengulas mengenai perbualannya dengan Amanda ketika melawatnya di penjara baru-baru ini.
Amanda Ramirez (kiri), Anna Ramirez (kanan)
Foto: New York Post
Difahamkan, Anna memiliki tiga anak perempuan dan salah seorang daripadanya memaafkan Amanda secara terbuka selain bersimpati dengan nasib ibu saudara mereka itu. - CARI |