Basikal atau kereta angin dicipta pada tahun 1790. Seiring peredaran zaman dan perkembangan teknologi, basikal mengalami pelbagai inovasi dan kini pelbagai jenis basikal sudah berada di pasaran mengikut kesesuaian sesuatu aktiviti. Viral di Twitter video seorang wanita sedang menggunakan suatu kenderaan yang agak asing. Kelihatan seperti sebuah basikal tapi tidak perlu dikayuh. Sekali pandang seolah-olah sedang moonwalk macam Michael Jackson! Nampak mudah dan santai. Rupa-rupanya, kenderaan ini dikenali sebagai Lopifit (The Electric Walking Bike). Lopifit merupakan basikal yang dikayuh dengan berjalan kaki telah berada di pasaran sejak 2016. Rekaan basikal yang sangat inovatif seperti alat senamam treadmill ini direka oleh pereka dari Belanda, Bruin Bergmeester. Yang menariknya, basikal ini dilengkapi enjin elektrik dan lima gear dengan kelajuan sehingga 24 kilometer sejam. Kini, Lopifit telah tampil dengan model terkini Gen 1 dengan beberapa penambahbaikan dari model lama. Harga terkini sekitar USD2,895 kira-kira RM6750 seunit. Bosan kayuh basikal? Boleh cuba Lopifit! - CARI sumber : @Sibanigrey & Lopifit |
Boomibulat replied at 24-7-2019 11:53 AM
Klu ada duit blh beli sebijik buat pgi kje..roadtax x pyh,lesen x payah,petrol x pyh..
Mleeen82 replied at 24-7-2019 12:57 PM
kan....save duit utk minyak & roadtax...
palmolive replied at 24-7-2019 01:35 PM
negara takder kenderaan banyak sesuai la..
mawar_mustika replied at 24-7-2019 11:31 AM
wah bestnye mn nk cr kt m'sia ni
Kurex replied at 24-7-2019 11:54 AM
Makin ramai manusia yg malas.. Berkayuh lah, baru fit macam aku
insulin replied at 24-7-2019 08:02 PM
Hobi bro ni biking ke?
Kurex replied at 24-7-2019 10:33 PM
Minat.. Tapi sekarang lagi suka tracking..
Foxey replied at 25-7-2019 11:41 PM
Menarik tapi berpeluh la by the time sampai ofis bila cuaca panas
ReginaGeorge replied at 28-7-2019 03:07 PM
Hmm cer bawak kat lebuhraya. Jadi arwah..
ADVERTISEMENT