Basikal atau kereta angin dicipta pada tahun 1790. Seiring
peredaran zaman dan perkembangan teknologi, basikal mengalami pelbagai inovasi dan kini pelbagai jenis basikal sudah berada di pasaran mengikut kesesuaian sesuatu aktiviti.
Viral di Twitter video seorang wanita sedang menggunakan suatu kenderaan yang agak asing. Kelihatan seperti sebuah basikal tapi tidak perlu dikayuh. Sekali pandang seolah-olah sedang moonwalk macam Michael Jackson! Nampak mudah dan santai.
Rupa-rupanya, kenderaan ini dikenali sebagai
Lopifit (The Electric Walking Bike). Lopifit merupakan basikal yang dikayuh dengan berjalan kaki telah berada di pasaran sejak 2016. Rekaan basikal yang sangat inovatif seperti alat senamam
treadmill ini direka oleh pereka dari Belanda, Bruin Bergmeester.
Yang menariknya, basikal ini dilengkapi enjin elektrik dan lima gear dengan kelajuan sehingga 24 kilometer sejam. Kini, Lopifit telah tampil dengan model terkini Gen 1 dengan beberapa penambahbaikan dari model lama. Harga terkini sekitar USD2,895 kira-kira RM6750 seunit.
Bosan kayuh basikal? Boleh cuba Lopifit! -
CARI
sumber : @Sibanigrey & Lopifit