CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Proton Wira Kereta Paling Banyak Dicuri Di Malaysia Sepanjang 2018

28-6-2019 11:50 AM| Diterbitkan: hussaini4675| Dilihat: 3810| Komen: 11|Original author: Oleh: Tukang Tulis

Description: Statistik kecurian kenderaan terkini oleh VTREC.
Proton Wira menjadi pilihan pencuri kenderaan pada 2018. Kredit foto: paultan.org


Sebanyak 534 kereta jenis Proton Wira dicuri di Malaysia sepanjang tahun lalu sekali gus menjadikan ia jenama kenderaan yang paling banyak dicuri.

Memetik laporan paultan.org pada 26 Jun, Proton Iswara menduduki tempat kedua dengan mencatatkan sebanyak 436 kecurian manakala Toyota Hilux di tempat ketiga dengan 414 kecurian.

Menurut statistik terkini yang dikeluarkan oleh Majlis Pengurangan Kecurian Kenderaan Malaysia Berhad (VTREC), secara keseluruhan, sebanyak 13,340 kenderaan dicuri di negara ini sepanjang tahun lalu dengan melibatkan tuntutan insurans berjumlah RM188 juta setakat suku ketiga 2018.

Kredit foto: VTREC


Daripada jumlah tersebut, kira-kira 60 peratus kecurian melibatkan motosikal iaitu sebanyak 7,442 kes diikuti kereta (5,155 kes) dan kenderaan komersial (743 kes).

Kredit foto: VTREC

Sebanyak 35,953 laporan kecurian dicatatkan sepanjang 2018 dengan jumlah terbesar iaitu 26,779 laporan membabitkan motosikal diikuti kereta (7,413 laporan) dan kenderaan komersial (1,761 laporan).

Kredit foto: VTREC

Statistik kes kecurian kenderaan pada 2018 menunjukkan penurunan sebanyak 15 peratus berbanding 2017 dan berkurangan sebanyak 49 peratus berbanding lima tahun sebelumnya.
Namun, jumlah kecurian yang dicatatkan masih dianggap tinggi di mana secara purata, sebuah kenderaan dicuri setiap 40 minit di Malaysia.
Sementara itu, sebanyak 22 kenderaan yang dicuri di Malaysia telah ditemukan dan diselamatkan di negara-negara jiran menerusi bantuan pihak berkuasa Thailand dan Singapura.


Kredit foto: VTREC

Bagi mencegah kecurian kenderaan, VTREC menasihatkan agar orang ramai mengambil langkah berjaga-jaga seperti tidak meninggalkan kenderaan di tempat parkir haram dan gelap, sentiasa mengunci kenderaan dan menggunakan pengunci stereng.

Wajar juga sekiranya kerajaan melaksanakan hukuman yang lebih berat terhadap mereka yang didapati bersalah mencuri kenderaan sebagai salah satu langkah pencegahan yang berkesan. - CARI

3

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
2

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (9 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Ina8895

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote maricruzestrada 28-6-2019 11:53 AM
walau kete lama... tapi legend
Quote Artemesiaa 28-6-2019 12:00 PM
Geng makeup keta memang suka keta tu dari dulu
Quote hussaini4675 28-6-2019 12:13 PM
memang sedap bawak wira ni. Salah satu produk terbaik proton.
Quote EmaAsmadi 28-6-2019 02:50 PM
Buat curi lembu ni
Quote mbhcsf 28-6-2019 03:27 PM
wow bagusnya ini i tak pernah tahu , secara factual , kalau dulu org jsut cakaps
Quote cikputih15 28-6-2019 04:50 PM
kete iols xde dlm list.
Quote misc 28-6-2019 04:57 PM
Dah stop production kan. So yg kena curi  tu sebab nak spareparts ler tu. Jgn harap  nak jumpa balik lah kalau hilang.
Quote am2020 7-7-2019 11:53 AM
kena rantai wira buruk aku ni
Quote Ina8895 9-7-2019 01:52 AM
Wira yang banyak atas jalan ni kena curi jugak ke?
Quote hussaini4675 9-7-2019 02:31 PM
Ina8895: Wira yang banyak atas jalan ni kena curi jugak ke?


Entah lah. Kena check nombor chassis kot
Quote hussaini4675 9-7-2019 02:31 PM
Ina8895: Wira yang banyak atas jalan ni kena curi jugak ke?


Entahlah. Kena check nombor chassis kot

Lihat semua komen(11)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 06:16 PM GMT+8 , Processed in 0.077950 second(s), 40 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top