Kita semua tahu Che Ta atau nama sebenarnya Rozita Che Wan gemar melaram pakaian berbeza mengikut acara dan tema terutama ketika hari raya. Sebulan pun tak cukup nak menghabiskan baju rayanya itu!
Tahun ini, pasti ramai berteka-teki jumlah persalinan disediakannya Syawal nanti. Berkata kepada Berita Harian, kali ini Che Ta sengaja membiar pengikut dan peminat mengira sendiri stok busananya itu apabila dimuat naik di Instagramnya nanti. "Kalau nak tahu sangat berapa pasang baju raya saya tahun ini, kiralah sendiri bila saya muat naik gambar di Instagram sepanjang Syawal nanti," katanya yang enggan mendedahkan jumlah sebenar kerana tidak mahu netizen menjadikannya satu isu.
Che Ta bagaikan terasa hati dengan segelintir netizen yang seolah-olah menunggu peluang mencari kesalahannya. Menurutnya, dia sudah tawar hati untuk berkongsi di laman sosial kerana setiap jawapannya sering kali disalahertikan hingga menjadi modal kecaman netizen. "Kalau saya senaraikan warna baju, pasti ada yang dapat mengagak jumlahnya. Sebut sahaja warna apa, semuanya jadi pilihan. Tetapi, saya tidak akan nyatakan berapa jumlah pakaian untuk raya tahun ini," ujarnya.
Tak terkejut apabila Che Ta mendedahkan masih ada beberapa pasang baju yang belum sempat digayakan pada raya tahun lalu. Tambahnya, ada beberapa pakaian yang sudah dipakai dijual semula di Instagramnya. Malah, ada yang sanggup membeli pada harga RM3,000 iaitu baju paling mahal pernah dijualnya. "Ikutkan hati memang sayang, tetapi apabila dipertimbangkan, lebih baik saya jual daripada terpaksa menyewa ruang untuk menyimpan," katanya. Kita rakyat marhaen nak beli lebih dari dua pasang pun fikir berkali-kali, kan? - CARI
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
|