CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Ramadan Syawal Lihat artikel

10 Juadah Wajib Ada Di Pagi Raya! Ada Yang Hidang Menu Rare Ke Pada Raya Pertama?

31-5-2019 10:39 AM| Diterbitkan: top5complete| Dilihat: 5549| Komen: 17|Original author: Oleh: top5complete

Description: Bulan Ramadan akan berakhir tidak lama lagi dan kehadiran Syawal sudah semestinya disambut penuh meriah. Paling seronok mestilah menunggu juadah yang dihidangkan di pagi raya!
Bulan Ramadan akan berakhir tidak lama lagi dan kehadiran Syawal sudah semestinya disambut penuh meriah. Paling seronok mestilah menunggu juadah yang dihidangkan di pagi raya!




Ketupat

Ada banyak jenis ketupat yang popular di Malaysia, tapi ketupat palas yang penulis rasa paling sedap. Ketupat palas biasanya menggunakan daun palas untuk membalutnya dan diisi dengan beras pulut. 



Foto: Ayue Idris



Lemang

Lemang antara juadah wajib yang mesti ada dan menjadi simbolik hari raya. Cara pembuatan lemang agak sukar sebab itu ia menjadi menu kegemaran ramai. Selalunya, lemang dimasak di dalam buluh yang diisi dengan santan dan beras pulut, lalu dibakar dengan kayu api.

Mana pilihan anda antara lemang asli dengan lemang yang sudah diolah dalam pelbagai versi seperti lemang roket dan periuk kera?




Rendang

Jika kita makan lemang, lawan paling sesuai adalah rendang. Tidak kira daging atau ayam, rendang yang sedap terletak pada rasa kuahnya. Anda suka yang basah atau yang kering?





Kuah lodeh

Kuah berlemak ini sangat sedap dimakan bersama ketupat dan rendang. Kombinasi sayur kubis, kacang panjang, timun, lobak merah, tempe dan tauhu beserta kuah lemak ini paling sedap dimakan dengan ketupat dan lemang.




Sambal goreng

Selain kuah lodeh, sambal goreng boleh dimakan bersama nasi impit. Bagi penulis, sambal goreng paling sedap dimasak oleh orang Johor. 




Kuah kacang

Kuah kacang lazimnya dihidangkan bersama sate, tetapi bila hari raya ia sedap dimakan bersama nasi impit dan sambal goreng.




Sambal tumis udang

Sambal tumis udang ini bukan sahaja boleh di makan dengan nasi putih, dengan nasi impit pun boleh. Rasa manis-manis udang itu pasti membuatkan anda ketagih.




Ayam masak merah

Ayam masak merah ni mudah untuk dimasak berbanding rendang, disebabkan itu juga ia menjadi pilihan utama di pagi raya bagi segelintir masyarakat.




Nasi minyak

Nasi minyak juga merupakan salah satu menu wajib hari raya. Bagi sesiapa yang tidak mahu makan lemang dan ketupat, boleh cuba makan rendang atau lauk-lauk lain seperti ayam masak merah bersama nasi minyak. 




Nasi dagang

Selain nasi minyak, hidangan lengkap nasi dagang juga merupakan menu yang perlu ada di pagi raya di sebelah Timur. Barulah rasa suasana desa apabila pekena nasi dagang. 



Lain tempat, lain budaya dan hidangannya di pagi raya. Ada yang hidang selain makanan berikut di pagi raya? - CARI
1

Bagus
5

Marah
5

Terkejut
4

Sedih
1

Lawak
5

Bosan

Friends Rank (21 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kechikchomel 31-5-2019 10:44 AM
soto.
orang bugis hidang buras/burasak. (ni kawan iolss la yang bagitau. dia bugis sabah)
Quote SherryZass 31-5-2019 11:07 AM
Lamban {:iwant Brunei, Sabah
Quote top5complete 31-5-2019 11:13 AM
kechikchomel replied at 31-5-2019 10:44 AM
soto.
orang bugis hidang buras/burasak. (ni kawan iolss la yang bagitau. dia bugis sabah)

saya pernah makan tuh di sabah haha
Quote kucingitam 31-5-2019 11:19 AM
takde yang rare..
biasa nasi minyak,
ayam merah
acar rampai
rendang
Quote msamyrazi 31-5-2019 11:25 AM
rendang daging n9 style dan ketupat ( all time favourite)
Quote Artemesiaa 31-5-2019 11:44 AM
Selain senarao diatas nasi impit dan rendang hati limpa jarang dapat jumpa
Quote kechikchomel 31-5-2019 11:56 AM
top5complete replied at 31-5-2019 11:13 AM
saya pernah makan tuh di sabah haha

samalah! teringat dulu masa kat sana. kawan ktorang akan bawa buras tiap kali dia balik dari Tawau

Quote palmolive 31-5-2019 12:07 PM
sup tulang...slurppp
Quote mrsafif 31-5-2019 12:29 PM
sambal goreng tu salah gmbr la TT
Quote HannahMontana 31-5-2019 05:35 PM
Menu yang sama  sahaja tetapi special segalanya sampai ke dekorasi melebih meleweh

sampai jam 11 malam .
Quote kivio 31-5-2019 06:48 PM
Aik sambal tumis udang boleh jadi juadah raya ke
Igtkan makanan harian je
Quote anakmak 1-6-2019 01:15 AM
sambal babat
Quote RatuDunia94 4-6-2019 09:23 PM
kivio replied at 31-5-2019 06:48 PM
Aik sambal tumis udang boleh jadi juadah raya ke
Igtkan makanan harian je

Ada.. siap letak petai.. pagi raya nesti ada jiran iols mengunjung bg sambal udang.
Quote Foxey 19-6-2019 10:11 PM
Soto ayam my grandma, yummm!
Quote MelahJanda 20-6-2019 09:26 AM
rendang maman
Quote Lengkong 20-6-2019 05:55 PM
Biasa2 je..mesti ada lemang dan rendang
Quote Lengkong 20-6-2019 05:55 PM
palmolive replied at 31-5-2019 12:07 PM
sup tulang...slurppp

Uittt sedapppnya sup tulang

Lihat semua komen(17)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

5-5-2024 09:30 AM GMT+8 , Processed in 0.054076 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top