Pelakon Lisa Surihani mendedahkan dia ingin menjadi muslimah yang lebih baik dengan berusaha mengkhtam al-Quran dalam tempoh 30 hari. Katanya kepada MalaysiaKini, dia sedaya-upaya mengerjakan ibadah sebanyak mungkin walaupun menyedari terdapat kekurangan dalam bacaannya. "Tak berani untuk saya kata ia sempurna, tapi saya cuba juga. Itu antara cara saya mendekatkan diri pada agama," katanya yang mengakui mula melakukan amalan itu sejak tahun lepas. "Alhamdulillah, tahun lepas saya berjaya khatam al-Quran pada bulan Ramadan, jadi saya niat nak buat benda sama tahun ni," katanya.
Tambahnya, dia sanggup menolak mana-mana tawaran asalkan dapat menyempurnakan niatnya itu sepanjang Ramadan. "Saya tidak terbabit aktiviti seni supaya dapat habiskan baca kitab suci selain beramal ibadat dengan solat sunat tarawikh sepanjang bulan mulia ni," ujarya. Lisa mendirikan rumah tangga dengan Yusry pada 23 Februari 2012. Mereka dikurniakan dua orang anak Yahaira Leanne dan Yusof Leonne. Semoga amalan itu diteruskan di bulan-bulan seterusnya, tidak hanya terhad di bulan Ramadan saja, okey? - CARI
|
fushimi replied at 31-5-2019 10:43 AM
komen penyedap diri sendiri ntah ntah oper pun takde
fushimi replied at 31-5-2019 10:43 AM
komen penyedap diri sendiri ntah ntah oper pun takde
VitchyPinkVitch replied at 31-5-2019 10:46 AM
Wow baguslah niat tu
mixed replied at 31-5-2019 11:18 AM
bagus la nk baiki diri dan tambah ilmu
tapi sheol masih berlakon ke
ADVERTISEMENT