CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lelaki Beli Laut, Hadiah Untuk Teman Wanita. Mampu?

31-5-2019 10:28 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3310| Komen: 9|Original author: Oleh: Myra Rozi

Description: Seorang wanita di China terkejut selepas teman lelakinya menghadiahkan hak terhadap 210 hektar lautan kepadanya sempena Hari Kekasih pada 20 Mei lepas.
Seorang wanita di China terkejut selepas teman lelakinya menghadiahkan hak terhadap 210 hektar lautan kepadanya sempena Hari Kekasih pada 20 Mei lepas.

Sebelum ini kawasan laut di pesisiran wilayah Shandong itu, berhampiran Pulau Cheniushan itu dimiliki oleh syarikat menternak ikan  sebelum dilelong dalam talian.

Teman lelakinya yang dikenali sebagai Zhang membayar sebanyak 682,662 yuan (RM414, 161.26) sebagai cara memujuknya kerana tidak membeli hadiah sebelum ini.

Lokasi dah harga kawasan, Kredit foto: Shanghaiist
Media tempatan di Shandong menyatakan, ramai juga yang mempersoalkan kesahihan cerita berkenaan.

“Lagipun apa tujuannya membida hak penggunaan terhadap laut? Adakah dia mahu menternak ikan kerana teman wanitanya sukakan makanan laut?” soal seorang pengguna Weibo.


Sementara itu peguam Zhang Xinnian berkata, proses itu sah mengikut undang-undang China.

Gambar Hiasan
“Mengikut undang-undang hartanah, perairan wilayah adalah milik negara dan tidak boleh dijual beli. Namun negara turut melindungi hak penggunaan yang diperoleh secara sah mengikut undang-undang.

“Organisasi dan individu boleh memohon hak menggunakan kawasan perairan dengan jabatan pentadbiran hal ehwal marin.”

Mereka yang mendapat hak berkenaan boleh memindahkan, menyewa atau memajaknya sepanjang tempoh pemilikan. -CARI
8

Bagus
4

Marah
4

Terkejut
3

Sedih
1

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (22 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote putericahaya999 1-6-2019 10:22 PM
Wah ini baru teman wanita dh jadi bini bagi apa lak nanti
Quote mmett 2-6-2019 09:56 AM
Hah..baru tau boleh beli laut haha
Quote Jajabeans 2-6-2019 10:30 AM
Nk tgk ckit muka zhang
Quote keknaih 2-6-2019 10:40 AM
wow boleh jual garam lepasni
Quote chinta89 2-6-2019 12:31 PM
nk tgk pasangan kapel ni. untungnya dia.
Quote Ivysaur 3-6-2019 09:05 AM
Lepas dah jemu berenang boleh la buat akuakultur pulak tak pun buat bisnes seaweed.
Quote ultra78 4-6-2019 11:26 PM
Kalau laut boleh dijual, maka tidak pelik China datang claim kepulauan spratly tu milik dia. Habis negara south east asia dibuli china.
Quote lostnfaun 4-6-2019 11:33 PM
Patut la ada orang bole jual laut rupanya dekat china mmg bole buat camtu...
Quote jazaa100 5-6-2019 02:09 AM
putericahaya999 replied at 1-6-2019 10:22 PM
Wah ini baru teman wanita dh jadi bini bagi apa lak nanti

Klu melayu dah jd bini kena jd bibik je lahhh....

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-5-2024 11:41 PM GMT+8 , Processed in 0.411596 second(s), 38 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top