Seorang wanita di China terkejut selepas teman lelakinya menghadiahkan hak terhadap 210 hektar lautan kepadanya sempena Hari Kekasih pada 20 Mei lepas.
Sebelum ini kawasan laut di pesisiran wilayah Shandong itu, berhampiran Pulau Cheniushan itu dimiliki oleh syarikat menternak ikan sebelum dilelong dalam talian.
Teman lelakinya yang dikenali sebagai Zhang membayar sebanyak 682,662 yuan (RM414, 161.26) sebagai cara memujuknya kerana tidak membeli hadiah sebelum ini.
Lokasi dah harga kawasan, Kredit foto: Shanghaiist
Media tempatan di Shandong menyatakan, ramai juga yang mempersoalkan kesahihan cerita berkenaan.
“Lagipun apa tujuannya membida hak penggunaan terhadap laut? Adakah dia mahu menternak ikan kerana teman wanitanya sukakan makanan laut?” soal seorang pengguna Weibo.
Sementara itu peguam Zhang Xinnian berkata, proses itu sah mengikut undang-undang China.
Gambar Hiasan
“Mengikut undang-undang hartanah, perairan wilayah adalah milik negara dan tidak boleh dijual beli. Namun negara turut melindungi hak penggunaan yang diperoleh secara sah mengikut undang-undang.
“Organisasi dan individu boleh memohon hak menggunakan kawasan perairan dengan jabatan pentadbiran hal ehwal marin.”
Mereka yang mendapat hak berkenaan boleh memindahkan, menyewa atau memajaknya sepanjang tempoh pemilikan. -CARI |