CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

'Egg Boy' Will Connoly Derma RM290,000 Kepada Mangsa Serangan Masjid Christchurch

31-5-2019 10:23 AM| Diterbitkan: hussaini4675| Dilihat: 2647| Komen: 9|Original author: Oleh: Tukang Tulis

Will Connolly. 

Kredit foto: Junkee

Wira Egg Boy, Will Connolly membuktikan dia memiliki hati mulia apabila mendermakan keseluruhan dana yang diterima untuk menampung kos guamannya kepada mangsa-mangsa tembakan pengganas di masjid Christchurch, New Zealand.

Memetik status Connolly, 17, menerusi Instagramnya, sebanyak 99,922.36 dolar Australia (RM290,346.82) berjaya dikumpulkan melalui dua laman GoFundMe yang mula dibuka pada pertengahan Mac lalu.

Dana itu pada mulanya bertujuan membiayai kos guaman setelah remaja tersebut dihadapkan ke mahkamah ekoran tindakannya membaling telur ke kepala seorang senator Australia, Fraser Anning.


Connolly digelar Egg Boy ekoran tindakan beraninya membaling telur di atas kepala Anning. 

Kredit foto: Carian Google

Insiden berkenaan menjadikan Connolly popular dan disanjung ramai dari seluruh dunia yang bersimpati dengan mangsa tragedi terbabit.

Banyak pihak menyatakan sokongan terhadap tindakan berani Connolly itu kerana mereka marah dengan kenyataan Anning yang menuduh imigrasi umat Islam menjadi punca serangan kejam melibatkan dua masjid di Christchurch.


Kredit foto: Instagram

Connolly menjelaskan, dia tidak memerlukan lagi dana tersebut kerana firma guaman Gordon Legal akan mewakilinya di mahkamah secara pro bono.

Jadi, katanya, semua wang yang dikumpulkan telah dipindahkan kepada akaun sebuah badan kebajikan, Christchurch Foundation and Victims Support.

"Saya mengambil keputusan untuk mendermakan semua dana berkenaan untuk membantu mangsa serangan berkenaan. Ia bukan milik saya untuk disimpan," katanya.

Dia turut mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang menyumbang dana tersebut.

Semoga lebih ramai remaja di seluruh dunia yang bersikap berani dan berhati mulia seperti Egg Boy Will Connoly. - CARI
8

Bagus
3

Marah
6

Terkejut

Sedih
6

Lawak

Bosan

Friends Rank (23 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote moonbug 31-5-2019 11:59 AM
Heart of gold


Quote mejaputih 1-6-2019 06:58 PM
Mmg dia ni berjiwa besar betul..
Quote Abot 1-6-2019 09:15 PM
bagus nye budak ni...  {:childlike
Quote sitikun 1-6-2019 09:17 PM
dengar budak ni dah masuk islam senyap2

Quote CikB 25-6-2019 05:17 PM
good boy!!
Quote jagung5 25-6-2019 05:25 PM
tq boy..golden heart
Quote Ina8895 10-7-2019 02:23 AM
Hati kau memang mulia
Quote biozipstar 26-7-2019 03:54 PM
semoga diberikan hidayah
Quote mbhcsf 31-7-2019 06:30 PM
semoga diberikan taufik dan hidayah - this is the best present for you dear boy,  really good.

good job..

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 08:03 AM GMT+8 , Processed in 0.038622 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top