Berbaki kira-kira seminggu sahaja lagi untuk kita semua, umat Islam bakal menyambut Hari Raya Aidilfitri. Mesti teruja untuk menyambutnya bersama keluarga dan saudara mara di samping menikmati pelbagai juadah hari raya yang enak. Dengar saja rendang, lemang, lontong serta kuah kacang pasti akan membangkitkan selera. Begitu juga pelbagai jenis kuih raya klasik dan moden. Semasa bulan Ramadan, kita semua pasti akan mengawal pemakanan bagi mendapatkan berat badan ideal. Namun, apabila syawal menjelma semua seakan lupa akan tabiat pemakanan yang diamalkan sebelum ini. Oleh itu, bagi memastikan berat badan kekal ideal semasa Syawal, apa kata kita sediakan juadah raya kita dengan menu yang lebih sihat tanpa menghilangkan mood raya dengan mempraktikkan langkah berikut.
1. Mengurangkan lemak dalam masakan
2. Kurangkan penggunaan gula semasa memasak
3. Penyediaan makanan rendah garam
4. Kurangkan penggunaan pewarna dalam masakan
5. Banyakkan minum air kosong serta mengurangkan air berkarbonat dan manis
6. Amalkan makan buah sebagai snek dan pencuci mulut
Jangan jadikan hari raya sebagai tiket untuk makan sesuka hati. Semoga panduan ini dapat membantu kita mengekalkan kesihatan ketika menikmati juadah pada hari raya. Selamat Hari Raya Aidilfitri! - CARI |
sufi^_^ replied at 29-5-2019 11:23 AM
Bagi I pulak, raya setahun sekali je...cheat day!
Lepas tu eat healthy & workout balik.
Kose ...
natrahn replied at 29-5-2019 03:37 AM
Hahahaha.. bagusnya awak pastu workout..setengah orang lupa daratan makan tak sedar diri. Cover pu ...
ADVERTISEMENT