CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Ramadan Syawal Lihat artikel

Sebelum Ramadan Berakhir, Ini Tradisi Unik Menyambut Ramadan Di Beberapa Negara

29-5-2019 10:25 AM| Diterbitkan: NmeeraR| Dilihat: 4302| Komen: 12|Original author: Oleh: nameera

Description: Pejam celik pejam celik, Ramadhan kali ini sudah menghampiri ke penghujungnya. Indah dan meriahnya bulan Ramadan pasti dapat dirasai setiap umat Islam di seluruh dunia dengan pelbagai tradisi berbeza ...
Pejam celik pejam celik, Ramadhan kali ini sudah menghampiri ke penghujungnya. Indah dan meriahnya bulan Ramadan pasti dapat dirasai setiap umat Islam di seluruh dunia dengan pelbagai tradisi berbeza dibudayakan sejak sekian lama lagi.

Jika di Malaysia, selain amal ibadat dan solat terawih, Ramadan terkenal juga dengan kemeriahan di bazaar ramadan dan penyediaan makanan bufet di beberapa restoran serta bubur lambuk yang sudah menjadi kewajipan. 

Namun, bagaimana pula sambutan di negara lain? Adakah sama, atau berbeza?

Ini antara 10 negara yang menyambut kedatangan Ramadan dengan penuh unik dan meriah seperti dipetik daripada IDNTIMES.


1. Qatar

Kredit Foto : Google

Festival Garangaou bagi umat muslim di Qatar. Setiap 13,14 dan 15 Ramadan selepas berbuka puasa dan solat Maghrib, kanak-kanak di Qatar akan berpakaian khas untuk merayakan perayaan Garangaou. 


Dalam perayaan ini kanak-kanak lelaki akan menggunakan pakaian arab yang bersulam dan berbenangkan emas. Mereka akan berjalan sambil menyanyi disepanjang jalan pada masa yang sama berhenti dari rumah ke rumah untuk meminta gula-gula dan kek.


2. Turki
Kredit Foto: Google

Penduduk Turki akan mengenakan pakaian terbaik mereka yang dikenali sebagai bayramlık. Mereka juga akan berkunjung ke rumah keluarga dan sahabat terdekat. 

Pelbagai acara juga sering diadakan untuk menghiburkan kanak-kanak dan warga asing.


3. Jepun

Kredit Foto: Google

Umat Islam di Jepun bukanlah majoriti, tetapi ketika bulan Ramadan tiba, mereka akan berkumpul dan membagikan kebahagiaan. Saat bulan puasa, umat Islam di Jepun akan berkumpul di Japan Islamic Centre dan membentuk jawatankuasa yang bertanggungjawab menyusun aktiviti untuk dilakukan pada bulan Ramadan dan akan menerbitkan jadual puasa lalu mengedarkannya ke masjid, rumah warga Muslim dan restoran halal di seluruh Jepun.


4. Jerman

Kredit Foto: Google

Masakan Turki di Jerman merupakan salah satu juadah penting selama bulan Ramadan di negara itu. Hal ini kerana kebanyakan orang Islam di Jerman adalah orang Turki. Oleh itu, jangan terkejut sekiranya suasana Turki akan dirasakan di Jerman pada bulan Ramadan.

Antara masakan Turki yang popular di sana adalah suus (minuman mentah yang terbuat daripada gula hitam), dschellab (gula dan sirip sawit), qamruddin (jus aprikot), qata'ef (pastri direndam dalam sirap gula), dan kalladsch (pilo dough yang diisi dengan kacang).


5. Mesir

Kredit Foto: Google

Menjelang Ramadan, umat Muslim di Mesir akan memasang lampu pelita yang dihiasi ukiran khas di halaman rumah mereka. Tradisi ini dimulai sejak Dinasti Fattimiyah di mana ia dipasang untuk menyambut kedatangan pasukan Raja yang datang berkunjung menjelang Ramadan.

Tidak hanya itu, selama bulan puasa warga Muslim Mesir juga akan menyajikan hidangan manis bernama Kunafa yang sering ditemukan saat Ramadan tiba.


6. Palestin

Kredit Foto: Google

Seperti negara Islam lain, keluarga di Palestin akan berkumpul apabila berpuasa dan mereka juga akan mengedarkan makanan sebelum senja. Biasanya, penduduk Palestin akan makan hidangan Timur Tengah yang tipikal seperti salah satunya adalah falafel.

Walau bagaimanapun, konflik di Semenanjung Gaza mula menghapuskan tradisi ini. 


7. Iraq

Kredit Foto: Google

Pasaran tradisional di Iraq sentiasa dibanjiri dengan peniaga yang menyediakan gula-gula dan kuih kering. Pembeli sangat bersemangat untuk membeli makanan ini untuk ahli keluarga mereka di rumah. Walau bagaimanapun, tradisi ini telah berubah sejak perang dan konflik yang berlaku di Iraq.


8. Australia

Kredit Foto: Google

Di bandar-bandar Islam di Australia ia sangat tenang pada siang hari. Namun, saat malam tiba setiap pinggir jalan akan dimeriahkan dengan acara festival makanan.


9. Arab Saudi

Kredit Foto: Google

Di Arab Saudi, semua pasar raya, kafe dan restoran ditutup pada siang hari. Jadi, jika anda tidak berpuasa, jangan haraplah untuk membeli makanan di luar pada siang hari.


10. Indonesia

Kredit Foto: Google

Indonesia mempunyai banyak tradisi Ramadan yang meriah. Salah satunya adalah penduduk setempat akan berjalan beramai-ramai mengejutkan orang untuk bangun sahur.

Ada sambutan yang lebih menarik dan meriah di negara lain? Jom kongsikan dengan kami! - CARI
2

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (7 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • natrahn


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote tunkoo 29-5-2019 10:38 AM
Malaysia.
Bunyi dentuman mercun tak henti henti bila berakhirnya ramadhan sampai lepas hari raya
Quote electricopop 29-5-2019 10:52 AM
Menariknya kat negara lain!
Quote mangkukhayun 29-5-2019 11:06 AM
bagusnya ummah muslim japang...tanpa bidaah gitu
Quote Zazashar 29-5-2019 11:17 AM
Menarik.. kat Malaysia main mercun la
Quote abangadek 29-5-2019 11:29 AM
Malaysia ada moreh kt masjid, sedap2 pulak tu
Quote Artemesiaa 29-5-2019 01:16 PM
Malaysia ada bazar Ramadhan dan moreh di masjid
Quote NmeeraR 29-5-2019 01:27 PM
yezaaa... moreh dan mercun.. tp mercun cannot.. tiap taun ada kes jari hancussss
Quote matryoshka 29-5-2019 02:00 PM
Kalau kat kg ioals dlm 2, 3 thn kebelakangan ni.. para belia selalunya dlm 15 ke 20 org camtu berkonvoi bertakbir dr rumah ke rumah di mlm raya. Mana2 tuan rumah yg baik hati akn jamu diorg air ke kudap2an ke
Quote chicozinn 29-5-2019 04:52 PM
malam tujuh likur xde ke chuollss?
Quote mawar_mustika 30-5-2019 03:26 PM
chicozinn replied at 29-5-2019 04:52 PM
malam tujuh likur xde ke chuollss?

dlu2 mlm 7 likur kt kg kiteorg masing2 akan start pasang pelita kt skeliling rmh...mak2 akan buat kuih hantr ke jiran2..ble bukak puasa seronok tgk mcm2 jenis kuih ade atas meja..rs nk telan semua rindunye kt kuih tepung bunga arwah mak i...lama xmkn kuih tu

skrg usahkn kuih nk tgk muka jiran pun susah


Quote Idian 31-5-2019 08:21 AM
How nice! Bestnya setiap negara ada tradisinya, teringin nak merasai suasana di luar negara2 lain
Quote Foxey 19-6-2019 10:35 PM
Menarik info nih

Lihat semua komen(12)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

5-5-2024 04:26 AM GMT+8 , Processed in 0.048747 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top