Enam lelaki termasuk remaja ditahan selepas disyaki mencabul dan merogol dua pelajar perempuan pada Selasa lalu. Sinar Harian melaporkan, kesemua suspek berusia antara 16 hingga 21 tahun itu ditahan sebaik polis menerima laporan daripada kedua-dua mangsa malam tadi. Difahamkan, seorang daripada suspek merupakan pelajar, manakala lima lagi adalah penganggur. Menurut Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintendan Haslah Bachok, kedua-dua mangsa dijemput dua lelaki di asrama penginapan mereka sekitar jam 8 malam menaiki dua motosikal kononnya untuk makan malam di sebuah kedai berhampiran. “Bagaimanapun, suspek membawa mangsa ke rumah sewa mereka di Kampung Sungkak, Juasseh dan apabila sampai di tempat kejadian terdapat empat lelaki yang tidak dikenali menunggu," katanya. Dalam kejadian, seorang mangsa dibawa ke sebuah bilik dan dipeluk suspek pertama, manakala seorang lagi dibawa suspek kedua masuk ke dalam bilik berasingan sebelum dirogol.
"Setelah selesai, datang lagi empat lelaki masuk ke bilik itu dan merogol mangsa kedua secara bergilir-gilir, sebelum mereka menghantar mangsa pulang ke rumah di Paroi, Seremban," katanya. Sebaik menerima laporan daripada mangsa malam tadi, kesemua suspek ditahan antara jam 11 malam hingga 2 pagi di sekitar Juasseh dan Kuala Pilah. Tambah Haslah, seorang suspek akan disiasat di bawah Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017, manakala lima lagi akan disiasat mengikut Seksyen 375B Kanun Keseksaan. - CARI
|
encikWawad replied at 3-5-2019 03:24 PM
janji nak main berdua sajoor. skali boifren bersikap shering is caring. plak tu nak main free sajoor ...
ArnabAtasBulan replied at 3-5-2019 03:41 PM
Seram la hai bace cerita ni. Teringat sorang ex boipren dulu pernah ajak saya g rumah dia, dia kate ...
LostStar replied at 3-5-2019 04:09 PM
Eh sama..dlu pn pena ex buat perkara yg mcmni.. nak amek barang bagai alasan dia.. tengahari time ...
LostStar replied at 3-5-2019 04:09 PM
Eh sama..dlu pn pena ex buat perkara yg mcmni.. nak amek barang bagai alasan dia.. tengahari time ...
ArnabAtasBulan replied at 3-5-2019 04:22 PM
Uishh..siap kena tarik, siap kena kunci dalam, pastu kejar2 lagi. Bole trauma gitu. Nasib baik dia ...
LostStar replied at 3-5-2019 04:50 PM
eoo benda tak boleh lupa ooo.. dah jadi bini org pon masih seram kalau dok berdua gan kazen ke apa ...
ADVERTISEMENT