CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Ramadan Syawal Lihat artikel

Elak Berbuka Puasa Dalam Kereta, Jom Ikut Tip Daripada Waze Ini

6-5-2019 10:36 AM| Diterbitkan: top5complete| Dilihat: 3591| Komen: 9|Original author: Oleh: top5complete

FOTO GOOGLE

Pelbagai ragam umat manusia yang boleh kita nampak di bulan puasa. Seperti tahun-tahun sudah, lebuh raya pasti sesak dengan kenderaan yang bergegas mahu pulang ke rumah terutamanya di waktu berbuka puasa. Mesti anda tidak mahu berbuka di dalam kereta, bukan?

Jom lihat beberapa tip yang dikongsikan Waze di bawah ini supaya perjalanan anda lebih mudah dan teratur.


1. Waktu pergi dan balik kerja



Jam 8-11 pagi mesti jalan sesak sebelum bersambung jam 3 petang ke atas kerana orang sibuk nak berbuka puasa. Jadi, anda dinasihatkan agar keluar ke pejabat awal sedikit selepas sahur supaya tidak terlewat tiba.



2. Serbu restoran makanan segera!



Elakkan pergi ke KFC, PIZZA HUT, BURGER KING dan seumpamanya pada jam 4 petang hingga 7 malam. Ini kerana ramai yang beratur ketika ini. 

Kalau teringin juga, anda boleh datang makan pada jam 9 malam ke atas. Atau mungkin boleh pergi selepas solat Tarawih.


3.  Waktu sesuai membeli-belah



Bila nak dekat raya, pusat beli-belah akan menjadi tumpuan ramai. Elakkan pergi ke pusat membeli-belah pada jam 5-6 petang kerana ramai yang akan berbuka puasa selepas membeli-belah di situ. Boleh datang pada jam 7 petang kalau mahu suasana yang lebih tenang.


4. Waktu sesuai berurusan di bank



Dijangkakan pada jam 12 hingga 3 petang adalah waktu paling sibuk jika hendak berurusan di bank. Boleh datang pada jam 4 petang kerana waktu itu orang sibuk membeli juadah untuk berbuka puasa.


5. Waktu isi minyak kereta


Gambar Hiasan

Jangan pergi ke stesen minyak pada jam 3 hingga 6 petang sebab ramai yang bersiap-sedia nak pergi berbuka puasa. Pasti banyak kereta yang berpusu-pusu di sepanjang jalan. Pergilah selepas jam 7 petang.

Jangan stres waktu menempuh kesesakan jalan raya okey! - CARI

Bagus

Marah
1

Terkejut

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (3 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote shernazz 6-5-2019 11:27 AM
Bank bkn x bagi dh no ke kalau dtg pkl 4?
Quote Artemesiaa 6-5-2019 12:14 PM
Ada beberapa cadangannya tu macam kurang kena je.  
Quote matseh 6-5-2019 01:19 PM
selamat utk semua
Quote haryatie 6-5-2019 02:27 PM
mcam pelik jerk tips nya
Quote febreze 6-5-2019 03:50 PM
shernazz: Bank bkn x bagi dh no ke kalau dtg pkl 4?



last 4.30 bang
Quote top5complete 6-5-2019 11:41 PM
shernazz replied at 6-5-2019 11:27 AM
Bank bkn x bagi dh no ke kalau dtg pkl 4?

ATM boskur
Quote shernazz 7-5-2019 03:32 AM
febreze replied at 6-5-2019 03:50 PM
last 4.30 bang

Oo baru tau  haha
Xpenah plak pi time hujung hujung tanduks nj
Quote shernazz 7-5-2019 03:34 AM
top5complete replied at 6-5-2019 11:41 PM
ATM boskur

Ooo
Ye la kn
Time petang mmg org preoare duit nk ke pasar remdan
Quote pittjie 7-5-2019 09:21 AM
ala tuk yang bujang tu buka puasa je kat ofis. lepas maghrib baru balik. mmg jalan clear je. tak pun korang singgah la mana2 masjid sekitar tempat keja atau yang ada di laluan balik tu. buka puasa ni elok2 la makan simple2 je. sebutir dua kurma .. segelas air kosong dulu. lepas solat baru balik and makan. ya ampun .. korang akan rasa betapa harmoninya dunia ini.

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 06:44 PM GMT+8 , Processed in 0.135049 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top